1 Syawal adalah waktu kita bergembira dan bukannya bersedih

By | Ogos 6, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

quran_kubur

Tinggal beberapa hari lagi sebelum datangnya bulan kemenangan sejak kita menahan nafsu selama sebulan.

Apapun, saya ingin berkongsi satu status dari facebook Akademi Al-Quran mengenai tajuk ini.

1 Syawal adalah waktu kita bergembira dan bukannya bersedih.

Cadangan saya adalah, kalau ingin menziarahi pusara yang tersayang, ziarahilah sebelum 1 Syawal kerana pasti ramai sanak saudara yang telahpun pulang ke kampung halaman. Ingati pesan Baginda SAW ini;

“Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana jua kalian berada”
[Abu Daud]

Tidak salah mengunjungi kubur pada 1 Syawal namun 1 Syawal adalah hari meraikan kemenangan dengan gembira maka bergembiralah dengan mengunjungi sanak saudara serta rakan-rakan dengan merapatkan ukhwah kita tanpa mengabaikan adab Islamiah. Kerana menghubungkan silaturrahim di hari raya di tuntut oleh islam.

Kubur boleh di ziarah bila-bila masa untuk mengingati mati cuma jangan jadikan ziarah kubur itu pada hari perayaan sebagai wajib, seorang anak yang baik sentiasa berdoa pada arwah makayah yang meninggal, sebab itu jelas tertera dalam hadis nabi s.a.w:

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”( Hadis Riwayat Muslim )

Wallahualam…

4 thoughts on “1 Syawal adalah waktu kita bergembira dan bukannya bersedih

  1. Wan Fauzi™

    selamt menyambut hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam…

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *