10 Cara Takluki Wanita Idaman!

By | Mac 6, 2012

Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu. Tapi mulai hari ini singkirkan perasaan tersebut. Gunakan 10 tips berikut untuk menawan hati si dia.

1. Menerima Seadanya

Mendekati wanita yang anda sukai adalah suatu cabaran. Apabila anda mahu memiliki wanita idaman, anda perlu berlaku jujur kepada diri sendiri. Jangan sesekali menonjolkan sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.

2. Jangan Membuat Penilaian Awal

Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan. Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya. Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya ianya bukan perkara mudah.

Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya. Yang penting, terimalah si dia seadanya.

3. Berikan Dirinya Ruang

Biarkan dia memasuki hati dia seluas-luasnya. Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

4. Bertindak Seadilnya

Apabila anda mula menyukai seseorang, biarkan dia mengenali siapa diri anda. Biar dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi dan impian anda agar dia dapat mengenal anda dengan lebih rapat.

Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya dengan jujur. Barulah perkenalan anda itu menjadi lebih terbuka.

5. Sebuah Senyuman

Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan memiliki apa yang anda inginkan. Inilah penangan sebuah senyuman. Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.

Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.

6. Jadilah Sebaik Mungkin

Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan anda berdepan dengan persaingan. Ia mungkin datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling dan sebagainya. Jadi jikalau anda ingin memenangi hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya.

Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari orang lain. Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding orang lain.

7. Berusaha Gigih Untuk Memiliki

Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Jadi anda perlu berusaha dan terus berusaha. Jangan sesekali mudah putus asa, sebaliknya berusaha untuk memilikinya.

Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik perhatiannya. Berusaha bukan bermakna anda perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ dan EQ anda.

8. Jangan Keterlaluan

Apabila anda berusaha memiliki seseorang yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan. Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan meluat. Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan anda.

9. Kenali Dirinya

Apabila anda mula menyukai seseorang gadis, kaji diri mereka seadanya. Pastikan anda mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan sebagainya.

Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

10. Jangan Terlalu Peramah

Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu rapat dengan kawan-kawan mereka? Untuk makluman, wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang yang cukup tinggi. Mereka juga prihatin malah  begitu mengambil berat.

Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita, jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.

SELAMAT MENCUBA & BERJAYA …..

p/s: tetiba jadi doktor cinta pulak… kekekee

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *