10 Fungsi Kereta Yang Takkan Jumpa Pada Kereta Moden

By | Ogos 20, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kereta moden kini mempunyai fungsi-fungsi elektronik seperti Radio Skrin Sentuh (Touchscreen Radio), GPS, beg udara, papan pemuka yang penuh dengan pelbagai fungsi dan pelbagai fungsi lain.

Hal ini diperlukan untuk keselamatan dan keselesaan pemandu dan penumpang sendiri.

Tapi tahukah anda, sepuluh fungsi kereta lama yang pastinya tidak ada pada kereta moden kini.

1. Lampu depan pantulan jaring (pop-up headlight)

Mazda MX-5 Miata

Lampu depan pantulan jaring hebat. Bukan sahaja kerana mereka tampak hebat, tetapi kerana ia sangat terbaik dan segak untuk beroperasi (lampu depan naik, lampu depan turun). Malangnya, ia tidak akan membuat pengeluaran pada kereta moden untuk beberapa sebab, termasuk keselamatan pejalan kaki, aerodinamik dan bunyi bising akibat dari angin.

2. A-Pillar Nipis

BMW-E30

Ingat satu masa ketika anda tidak perlu beranjak lebih kurang seperti satu lelaki gila melihat melalui sudut? Hal ini kerana kereta lama datang dengan benda ini memudahkan jarak penglihatan yang jelas, terima kasih kepada A-Pillar yang nipis. Sekarang ini, A-Pillar yang besar dan gemuk telah menyukarkan pemandu memandu dan sangat mengecewakan.

3. Kotak Gear Manual

gearbox

Kereta moden kini tidak menyediakan kotak gear manual, sebaliknya menyediakan kotak gear automatik dengan fungsi-fungsi baharu seperti CVT. Ia sangat mudah menggunakan kotak gear automatik, tetapi perlu mengeluarkan kos yang besar jika berlaku kerosakan dan penukaran minyak kotak gear automatik. Berbanding pula dengan kotak gear manual, hanya perlu jaga saja, seperti menukar minyak bila melebihi 50,000km. Lagipun kelajuan bila menggunakan gear manual sangat terbaik berbanding menggunakan gear manual. Lagipun sangat berpuas hati bila menggunakan klac dan gear manual bila di lebuhraya.

4. Bumbung T-Atas (T-Top)

t-top

Bumbung T-Atas sangat-sangat hebat. Okey, jadi ia akan bocor sekali-sekala di beberapa model, tetapi jika ia tidak, maka anda mempunyai dua buah kereta – satu boleh tukar dan satu gasing yang keras – dalam satu. Bahagian yang terbaik ialah panel boleh ditanggalkan dengan mudah dan boleh disimpan di belakang tempat duduk dalam beg-beg khas. Sangat mengagumkan. Oh ye, jenis macam ini tidak ada di Malaysia.

5. Papan pemuka yang ringkas.

ae86

Yap, kereta lama tidak mempunyai pelbagai butang yang terlampau banyak, tak macam kereta moden seperti Toyota dan Mercedes. Jika anda lihat pada model Viva pun, hanya beberapa butang saja ada dalam tu, kemudian papan pemuka yang sangat-sangat ringkas. Hanya memulakan kereta, buka penghawa dingin, tutup pintu, mulakan pemanduan. Mudah.

6. Kunci Kereta Sebenar.

kunci-kereta

Yap. bila anda membeli kereta moden untuk kali pertama, satu benda yang mereka bagi. Alat kunci kawalan jauh dengan pelbagai saiz. Ada yang bulat, segi empat yang gemuk. Anda pula tanya penjual, “mana kunci kereta?” Penjual kata, “ini, kunci kereta anda.” Anda pun ternganga dan blur dekat seminggu jugaklah… Hahaha. Ya, model baharu memang takde kunci sebenar.

7. Anda boleh membaiki kereta sendiri (kalau betul-betul pakar)

engine

Model baharu menggunakan elektronik yang memerlukan komputer untuk melihat dan menguji prestasi kereta anda, dan anda kena bawa ke pusat servis mereka. Hal ini kerana anda tidak boleh mengusik peralatan-peralatan yang mungkin anda tidak tahu dan betul-betul berfungsi. Berbanding dengan model lama, anda boleh membaikpulih sendiri, dengan syarat anda mesti pakar dan tahu membaikpulih kereta anda. Kalau tak tahu juga, boleh hantar ke mana-mana bengkel kereta yang dipercayai.

8. Berat kereta yang ringan

fiesta

Model baharu boleh dikatakan sebagai sangat berat berbanding model lama. Hal ini kerana model lama tidak terpengaruh kepada peralatan-peralatan elektronik dan badannya diperbuat dari besi. Berbanding pula dengan model baharu, badan diperbuat dari aluminium tetapi penuh dengan peralatan dan papan pemuka yang agak… serabut! Jadi, peralatan-peralatan ini mungkin mempengaruhi berat model baharu.

9. Stereng kereta boleh diubahsuai

lambo-wheel

Yap. Kalau anda perasan dengan model-model lama seperti Toyota Corolla, Ford Laser dan model-model lain semuanya boleh menukar stereng asal kepada stereng sporty. Pemasangan pun sangat mudah. Lagipun stereng model lama boleh diubahsuai dan boleh letak memacam seperti span berwarna atau mungkin stereng biasa. Kalau model baharu, amat sukar untuk mengubahsuai stereng kepada stereng sporty.

10. Tayar ganti bersaiz penuh.

spare-tire

Model tahun 70-an hingga 2000-an, pihak pengeluar menyediakan tayar ganti saiz penuh untuk menggantikan tayar yang pancit. Selepas tahun 2000-an, mereka menukar kepada saiz tayar kecil dan ringan serta hanya boleh membawa sehingga 80km/j. Hal ini mungkin disebabkan saiz bonet belakang yang semakin hari semakin kecil dan layak mendapat tayar ganti bersaiz kecil. Model sekarang, mungkin tayar saiz penuh ada pada MPV atau pikup.

Gambar dari Car Throttle

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *