10 Plugin Wajib Bila Guna WordPress

By | Ogos 25, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Plugin WordPress

Alhamdulillah, yeop dah stabilkan blog ini dengan hosting yang ditaja setahun oleh Hosting Rajawali.  Yeop dah menggunakannya hampir 3 tahun bersama CoRajawali.

Hari ini juga yeop nak kongsi sepuluh (10) plugin paling wajib install dalam wordpress, berdasarkan pengalaman yeop selama 3 tahun.

1. Akismet

Akismet adalah plugin untuk mengelakkan komen spam dalam blog kita. Caranya, install plugin itu, daftar di sini dan masuk key yang diberi dalam emel, dan siap.

2. CommentLuv

CommentLuv macam kita tinggalkan link entry di komen yang kita singgah. Cara install dan setup memang mengambil masa kalau kita tak pandai, elok yeop tinggalkan caranya di sini.

3. Blogger / WordPress Importer

Benda tu paling wajib kalau kita malas sangat nak copy-paste dari blogspot atau wordpress.com. buktinya, yeop dah letak di tepi kanan tu…

4. AddToAny

Haaaaaa kalo nak share entry blog kita lagi mudah jika plugin ada dalam ini. kini, banyak platform boleh dikongsi, termasuk Instagram dan Pinterest (dan terkini, WhatsApp).

5. Countdown Waktu Solat

Plugin tempatan pertama di Malaysia dengan kerjasama skuad Denaihati.com untuk menentukan waktu solat di seluruh dunia dengan menggunakan penunjuk arah longitud dan latitud.

6. WP-SpamFree

WP-SpamFree pula dapat menyelamatkan komen dalam blog anda dari dipenuhi spam. Ia hanya mengesan alamat Internet Protocol (IP) sahaja.

7. WP Statistics

Selain Google Analytics, anda juga menggunakan WP Statistics untuk mengetahui statistik dari blog anda. Walaupun ia banyak kesilapan dari negara-negara selain Amerika Syarikat, tetapi ia boleh digunakan sebagai rujukan.

8. WP Sitemap Page

Hanya menggunakan kod ringkas sahaja, blog anda akan keluar entri-entri lepas tanpa menggunakan sidebar recent entry. Pastikan anda menggunakan halaman blog anda.

9. WordPress Popular Posts

Entri popular di blog anda akan keluar di sidebar mengikut sehari, seminggu dan sebulan serta sepanjang masa.

10. Yoast SEO

Yeop pernah cuba menggunakan plugin ini hampir sebulan, ia mudah sebenarnya. Hanya tetapkan apa yang kita nak tulis di disprensi, terus detect di Google Enjin.

Plugin yang yeop cadangkan ini boleh dicari di plugin > add new dan search dengan kata kunci ini. Semoga berjaya 🙂

10 thoughts on “10 Plugin Wajib Bila Guna WordPress

  1. Kujie

    dalam list tu cuma pasang 2 saja.

    kak jie pasang

    All In One SEO Pack
    Better WP Security
    Comment Reply Notification
    Google XML Sitemaps
    WP Sitemap Page
    WPtouch

    Reply
    1. Khairil Mazri

      Tak sangka kak jue singgah blog sy… Selalunya tgk kat blog org lain hehe 🙂

      thanks dgn senarai plugin ini. Tapi nk jaga loading blog ini sy wajibkan masuk tu dulu 😉

      Reply
      1. Kujie

        selalu klik entri apa yg diping tetapi jarang balas kalau tak tau hujung pangkal atau tak membantu.

        baca semua blog..cuma menulis komen bergantung kepada masa dan mood.. hehe

        Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *