10 Stesen Televisyen Pernah Wujud di Malaysia, Paling Akhir Sekali Macam Kena Tipu Je

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita tahu selain TV1 dan TV2 milik kerajaan RTM dan Media Prima, ada beberapa siaran televisyen yang pernah wujud suatu ketika dahulu, terutama tahun 1990-an hingga 2000-an.

Beberapa sebab penamatan adalah pelbagai, kebanyakkannya adalah penukaran pengurusan baharu dan persaingan dari siaran baharu.

Jom kita tengok siaran televisyen yang pernah wujud suatu ketika dahulu.

Antara siaran televisyen yang popular adalah :

1. Metrovision

MetroVision ialah sebuah televisyen swasta di Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Julai 1995 dan dimiliki oleh Media Prima Berhad dan diurus oleh City Television Sdn Bhd, dan beroperasi di Shah Alam.

Ia merupakan stesen TV swasta kedua negara selepas TV3 yang beroperasi pada 1984 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri keempat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan bersiaran di Kuala Lumpur.

Cakupan siaran hanya terhad kepada Lembah Kelang, tetapi ia diperluaskan di Kedah dan Johor.

MetroVision telah menamatkan siarannya pada 1 November 1999. Ia dilancarkan semula sebagai 8TV pada 8 Januari 2004.

2. Mega TV

Mega TV merupakan stesen televisyen Malaysia yang menawarkan khidmat langgan pelbagai saluran yang tersedia 24-jam pertama di Malaysia. Mega TV diperbadankan pada 18 Oktober 1994 dengan dioperasikan oleh TV3.

Pemancaran penyiaran bermula pada 1 November 1995 menggunakan Sistem Penyiaran berdasarkan gelombang mikro.

Menemui persaingan daripada saluran televisyen berbayar Astro, Mega TV telah menamatkan penyiarannya bermula 2001.

3. Channel 9

Channel 9 ialah sebuah stesen televisyen terestrial percuma dari udara ke udara. Stesen ini secara rasmi memulakan siaran di seluruh negara pada isnin 8 September 2003 dan dikendalikan oleh STMB, ahli Media Prima dan anak syarikat NSTP.

Ia terpaksa ditutup pada hari Khamis, 3 Februari 2005 kerana hutang syarikat. Ia telah dijenamakan semula sebagai TV9 pada 22 April 2006. Pengaturcaraan Channel 9 adalah serupa dengan TV3, NTV7, dan 8TV.

Channel 9 ialah saluran kembar TV3, NTV7, 8TV dan dan berkongsi kemudahan dengan Media Prima di ibu pejabatnya di Shah Alam.

Channel 9 dipancarkan menerusi UHF melalui enam stesen siaran terletak di Kuala Lumpur (Saluran 33), Johor Bahru (Saluran 44), Shah Alam (Saluran 42), George Town (Saluran 48), Melaka (Saluran 37), dan Genting Highlands (Saluran 6).

Saluran ini mensasarkan penonton berbahasa Melayu dan Indonesia, walaupun Bahasa Inggeris, Cina, Teochew, Kantonis, bahasa Taiwan, Jepun, dan Tamil juga disiarkan di saluran ini juga.

4. Siaran TV EMAS

EMAS merupakan sebuah saluran retro berbahasa Melayu daripada arkib penerbitan Media Prima yang merangkumi TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

Saluran ini bermula pada 1 Jun 2011 di perkhidmatan IPTV HyppTV melalui saluran 104, tetapi berpindah ke saluran 112 pada 1 April 2013. Disebabkan oleh kurang sambutan, saluran EMAS diberhentikan pada 31 Julai 2014.

EMAS juga pernah ditayangkan menerusi perkhidmatan ABNXcess bersama saluran-saluran sampingan EMAS Plus dan EMAS Style mulai 2013. Bagaimanapun, EMAS dan EMAS Plus ditamatkan pada Julai 2014.

5. TV Pendidikan

TV Pendidikan (juga dikenali sebagai TVP) ialah sebuah saluran televisyen berbentuk pendidikan bermula pada 19 Jun 1972 di RTM1 dan telah ditamatkan pada 31 Disember 2008. Ia digantikan dengan EDUWEBTV.

TV Pendidikan dimiliki dan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan ia menyiarkan pelbagai rancangan untuk pelbagai subjek sekolah. Moto rasmi TV Pendidikan ialah “Teknologi Untuk Pendidikan Bestari”.

6. Ansar Channel

Ansar Channel yang kini ditukar kepada Alhijrah, terdapat di stesen berbayar MiTV merupakan saluran televisyen pertama yang menawarkan rancangan berunsur Islam dan dakwah sepenuhnya di Malaysia.

Rancangan-rancangan yang ditawarkan adalah berbentuk muzikal tempatan dan luar negara, drama, filem, gaya hidup, bual bicara, dokumentari dan sebagainya. Saluran ini terdapat di saluran 10 dalam Citra Bouquet.

7. MiTV (Mine TV)

MiTV (atau dikenali sebagai Mine TV) merupakan stesen televisyen berbayar kedua di Malaysia selepas Astro. Sehingga kini, MiTV mempunyai 500 saluran sahaja.

MiTV menggunakan teknologi tempatan “Televisyen Berbayar Swasta” (IPTV atau ANTENNA) yang menjanjikan isyarat siarannya tidak akan mengalami gangguan ketika hujan.

MiTV juga menawarkan semua saluran TV dan Radio kepada pelanggannya dalam langganan asas yang disertakan dengan pelbagai perkhidmatan interaktif antaranya pemesejan segera (instant messaging) , e-mel , video , muzik , permainan dan e-pembelajaran .

Siaran percubaan awalan telah dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari 2 Januari – 31 Mac 2016. MiTV dilancarkan pada 1 Januari 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

Sampai sekarang tidak tahu status MiTV di Malaysia…

8. Fine TV

Fine TV merupakan sistem televisyen interaktif pertama di Malaysia yang mana pengguna boleh memilih rancangan yang mereka suka bila-bila masa tanpa menunggu waktu siaran. Fine TV dilancarkan pada tahun 2005.

FINE TV dimajukan Network Guidance Sdn Bhd, salah satu anak syarikat Eurofine Sdn Bhd.

Fine TV menawarkan 19 saluran mengandungi program hiburan, beraneka jenis drama, filem, kartun dan berita selain bahan interaktif lain seperti internet, maklumat untuk membeli belah dan pendidikan.

Operasi Fine TV menggunakan dua kaedah iaitu, pertama dikenali sebagai ADSC Broadband Line iaitu menerusi talian tetap Telekom manakala keduanya menerusi sistem tanpa wayar bagi kawasan yang tidak talian tetap.

9. Worldview Broadcasting Channel (WBC)

Worldview Broadcasting Channel adalah sebuah stesen televisyen terestrial swasta yang pertama di Malaysia yang menyiarkan kesemua berita dan hal ehwal semasa secara percuma. Saluran ini dimiliki oleh Worldview Broadcasting Channel (Malaysia) Sendirian Berhad. Ia boleh di tonton pada UHF 18 (615.25 MHz) dan VHF 39 (615.25 MHz) di Lembah Klang.

Pada masa ini, transmisi ujian adalah bersiaran pada jam 5.00 petang sehingga 12.00 tengah malam dengan jumlah bersiaran selama 7 jam/ WBC dilancarkan secara rasmi pada pukul 8.30 malam 1 April 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia.

WBC akan menyiarkan berita dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Malaysia yang meliputi isu-isu nasional dan global. 70 % kandungan beritanya berkisar mengenai isu semasa dan perkembangan antarabangsa.

Program-program lain di WBC termasuk dokumentari, majalah dan program bual bicara melalui perniagaan, ekonomi, alam sekitar, sains dan teknologi, gaya hidup dan kepentingan manusia.

Pada Oktober 2012, stesen ini ditutup kerana masalah kewangan.

10. TV5 RTM

TV5 RTM sebenarnya dijenamakan semula dari TVi bermula 1 April 2017, ia bertahan selama seminggu sebelum diubah semula ke TVi.

Macam April Fool pulak..

Kalau yeop tengok balik dengan siaran yang telah ditamatkan, kebanyakannya ia telah dibeli oleh syarikat besar seperti Media Prima. Lihat balik pada Channel 9 dan Metrovision, ia dibeli oleh Media Prima dan dijenamakan semula sebagai TV9 dan 8TV.

Sama seperti ntv7 dahulu syarikat persendirian kini di bawah Media Prima.

Tapi yeop rindukan siaran dulu-dulu.. Semuanya best belaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *