6 Fakta Pelik Kandungan Makanan Kegemaran Anda

By | Jun 28, 2016
coklat
Ketahui beberapa info pelik tetapi benar mengenai
sesetengah makanan biasa, yang mungkin anda tidak tahu. – Foto AFP RELAX

Lazimnya ramai yang gemar membaca pelbagai fakta mengenai makanan yang ideal untuk dinikmati ketika berada dalam mood diet.

Apa salahnya membaca beberapa info pelik tapi benar mengenai sesetengah makanan biasa  terutamanya manisan kegemaran anda yang mungkin anda tidak tahu.

Semua makanan yang dinyatakan termasuk dalam kategori selamat untuk dimakan, tetapi fakta-fakta ini boleh menyebabkan anda berfikir dahulu sebelum menjamahnya.

Jellybean

Jellybean mempunyai rasa yang enak dan datang dalam pelbagai perisa. Tahukah anda lapisan luarannya diperbuat daripada bahan yang dipanggil Shellac?

jellybean

Foto AFP RELAX

Shellac turut dikenali sebagai confectioner’s glaze, diperbuat daripada bahan buangan dikeluarkan oleh kumbang Lac betina yang berasal dari India dan Thailand. Dalam erti kata lain, ia diperbuat dari najis serangga.

Donut

Pernahkan anda terlihat bulu asing semasa menjamah donut atau bagel? Jangan terkejut kerana helaian tersebut tidak semestinya milik manusia, ia berkemungkinan datang dari serangga.

donut

Foto AFP RELAX

Laman Health Canada ada menyediakan garis panduan bagi kebersihan am makanan, yang menggariskan berapa banyak bendasing mikrobiologi atau luaran boleh hadir sebelum ia dianggap sebagai satu isu keselamatan makanan.

Gelatin

Gelatin digunakan meluas dalam pembuatan pelbagai pencuci mulut seperti jelly powder, marshmallow dan beraneka kek. Gelatin melebur menjadi cecair bila dipanaskan dan mengeras apabila disejukkan.

gelatin

Foto AFP RELAX

Gelatin diperbuat daripada kolagen kulit haiwan dan tulang. Anda boleh melihat bentuk gelatin jika merebus tulang haiwan untuk membuat sup.

Gula-gula

Wax Carnauba yang biasanya terkandung dalam wax kereta turut digunakan dalam pembuatan gula-gula berperisa, gummy bears dan chewing gum. Wax Carnauba terhasil dari daun pokok kelapa Bogo yang berasal dari Brazil.

gula2

Foto AFP RELAX

Ia juga sering digunakan bagi produk farmaseutikal sebagai salutan pada pil tablet untuk membantu pesakit menelan.

Jagung

Tahukah anda jagung merupakan salah satu bahan utama dalam bijirin sarapan, roti, chip kentang, nuget ayam serta kentang goreng?

jagung

Foto AFP RELAX

Menurut Michael Pollan dalam bukunya yang berjudul The Omnivore’s Dilemma, lebih dari satu perempat purata barangan yang dijual di kedai runcit sebenarnya mengandungi bahan yang berasal dari jagung. Tak percaya? Periksa label makanan.

Pewarna makanan asli

Semak senarai ramuan dalam yogurt strawberi anda, pastinya bahan ‘pewarna asli’ tersenarai. Apa yang dimaksudkan dengan pewarna asli itu? Ia adalah Carmine yakni pewarna makanan merah yang dibuat dari badan serangga Cochineal yang dikeringkan dari Amerika Selatan atau Mexico.

pewarna-makanan-asli

Foto AFP RELAX

Ekstrak Cochineal telah digunakan selama beribu-ribu tahun sebagai pewarna fabrik tetapi ia kini digunakan dalam makanan atau salah satu bahan dalam pewarna kosmetik.

Info dari Astro Awani.

2 thoughts on “6 Fakta Pelik Kandungan Makanan Kegemaran Anda

  1. Lin Chalo

    Nampak macam enak dimakan begitu saja…. tapi…. sekarang kena pikir 2 3 kali jugak sebelum makan….

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *