8 Perkara Yang Perlu Disembunyikan Di Dalam Komputer Anda

By | Oktober 8, 2014

8 Perkara Yang Perlu Disembunyikan Di Dalam Komputer Anda

image_-komputer-dan-internet

1. Senarai “To Do”

Orang lain tidak perlu tahu yang kita perlu pergi ke dobi layan diri untuk membasuh baju kotor yang sudah membukit selama dua minggu.

2. Resit cukai, penyata kad kredit dan bil elektronik

Mungkin di dalamnya ada maklumat peribadi dan nombor akaun yang anda tidak mahu orang lain tahu.

3. Permohonan kerja

Sembunyikan resume, surat permohonan dan borang-borang permohonan yang lain. Walau apa pun, jangan ambil risiko memohon pekerjaan semasa di pejabat, sama ada menggunakan komputer pejabat atau komputer riba anda sendiri. Pentadbir sistem majikan anda mungkin boleh mengakses fail-fail anda dari jauh dan melihat sejarah perantauan web sebaik sahaja anda menggunakan rangkaian wi-fi di pejabat.

4. Fail-fail yang mempunyai maklumat pengenalan diri

Menyimpan dokumen penting seperti kad pengenalan dan pasport di dalam komputer adalah satu tindakan bijak, tetapi menyimpannya tanpa sebarang perlindungan adalah tindakan bodoh.

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilindungi jika anda menyimpannya di dalam komputer:
· Sijil kelahiran
· Dokumen-dokumen untuk pasport
· Kad KWSP
· Lesen memandu
· Kad pengenalan
· Surat-surat perubatan
· Rekod-rekod sekolah
· Tiket

5. Sejarah perantauan dan bar ‘favourite’

Sejarah perantauan web mencerminkan peribadi seseorang. Kita juga perlu berhati-hati dengan bar penanda di dalam komputer. Kebanyakan ‘browser’ menyediakan opsyen untuk kita menyembunyikan bar penanda.

6. Fail-fail dengan maklumat nama pengguna dan kata laluan

Kadangkala kerana terlalu banyak nama pengguna dan kata laluan untuk pelbagai akaun, kita akan terlupa. Bagi mengatasi masalah ini, kita menyimpan maklumat log masuk di dalam satu dokumen. Tetapi itu mengundang bahaya. Kita boleh menyembunyikan atau membuat penyulitan data (encryption) supaya orang lain tidak boleh mengakses maklumat anda.

7. Diari dan jurnal

Ramai dalam kalangan kita menulis luahan rasa dalam dokumen Word, jadi pastikan ia disembunyikan jika tidak mahu orang lain tahu rasa hati anda.

8. Dokumen Sulit Berkaitan Kerja

Kadangkala menjadi tanggungjawab kita menyimpan laporan dan maklumat sulit berkaitan kerja kita. Pastikan fail-fail ini tersembunyi, jadi jika ada penggodam yang cuba mengakses komputer anda, mereka tidak jumpa fail-fail ini. Selamatkan dokumen dan selamatkan kerja anda!

Sumber: Mashable

5 thoughts on “8 Perkara Yang Perlu Disembunyikan Di Dalam Komputer Anda

  1. Miracle Vitamins

    Kalau lappy memang secure la, tapi kalau komputer kat ofis memang kena buat cam gini

    Reply
  2. Pahan

    kalau laptop aku memang aku secure semua folder satu persatu.hehe. tak leh bagi lepas satu fail pun.hehe. bahaya kan.

    Reply
  3. News Farras

    Perlu pengamanan ekstra terkait dengan file yang berhubungan dengan pekerjaan kita sehari hari

    Reply
  4. Kamil Salleh

    Semua dokumen penting ada tersimpan dalam komputer, tetapi awas Bro…ada berada di zon bahaya. Kalau boleh hidekan dokumen tersebut atau simpan dlm aplikasi yg boleh disembunyikan spt WinMend Folder Hidden ( FolderHidden.exe ).

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *