9 Tip Mencari Rumah di Malaysia

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Untuk pembeli rumah kali pertama, semua cerita menakutkan itu benar: mencari rumah sangat  menyusahkan, jika anda tak tahu caranya. Mahu mencari rumah dengan tanpa tekanan? Baca beberapa tip yang boleh bantu anda mencari rumah.

Tip Mencari Rumah

  1. Ukur baju di badan sendiri. Untuk kebanyakan orang, pembelian hartanah adalah batu aras yang besar dalam kehidupan mereka. Tapi janganlah anda terbeban dengan hutang hanya semata-mata ingin mengejar batu aras tersebut. Ia tidak berbaloi. Apa yang perlu anda buat adalah mencari hartanah yang sepadan dengan anda. Dan itu bermakna, mencari hartanah yang anda idamkan tanpa membebankan anda dari sudut kewangan.
  2. Jangan terus fokus pada rumah besar. Satu perkara yang anda perlu ingat anda harga hartanah anda berkait rapat dengan nilai hartanah sekeliling anda. Jadi bila anda dikelilingi banglo, nilai rumah anda akan menjadi rendah walaupun saiznya lebih besar dari rumah yang berada di ceruk. Jadi semasa membeli rumah, jangan terus fokus pada rumah besar.
  3. Buat satu senarai, Fox Business susah untuk ingat semua perkara penting jika anda telah lihat banyak rumah.. Beberapa ciri rumah yang anda telah lihat mungkin mengaburi minda anda. Satu cara untuk memastikan anda dapat ingat semua ciri penting adalah dengan membuat satu senarai semak untuk semua rumah yang anda telah lawati. Dengan cara itu, anda akan tahu, dengan cepat ciri-ciri penting pada rumah yang anda telah lawati.
  4. Gunakan alatan. Alatan pencarian seperti portal hartanah telah memudahkan proses pencarian rumah. Dengan PropertyGuru new property launch, mencari  hartanah baru di kawasan yang anda mahukan—Selangor, Penang, Kuala Lumpur—menjadi mudah. Tinjau gambar-gambar rumah yang menarik minat anda sehingga anda jumpa rumah yang anda boleh lawat.
  5. Kira kos. Menurut The Malaysian Insider, dalam banyak-banyak hartanah baru Kuala Lumpur pada 2014,  harga hartanah adalah dalam lingkungan RM250,000 ke RM500,000. Kebanyakan rumah pula dalam lingkungan RM 500,000 ke 1 juta Ringgit. Ia memang mahal. Anda perlu tahu sama ada anda bersedia untuk kos tersebut. Anda juga perlu ambil kira nilai rumah itu dalam belanja bulanan serta gadai janji anda. Begitu juga dengan lain-lain kos – premium insurans perumahan, kos pembaikan, kos ubahsuai, kos kesatuan perumahan – anda ada banyak tanggungan yang perlu dilangsaikan. Jika anda fikir anda sudah bersedia untuk menanggung perbelanjaan di atas, anda bolehlah mula mencari rumah sekarang.
  6. Kaji tentang pembiayaan. Senario paling baik adalah bila anda dapat membayar hartanah anda secara tunai. Bagaimanapun, tidak semua mampu berbuat begitu, jadi cara paling baik adalah dengan mencari bantuan. Anda boleh mula meninjau bantuan yang ada. Bank boleh menawarkan pilihan pinjaman tetapi anda perlu ada sejarah kredit yang baik. Jika tidak, amat sukar untuk bank meluluskan pinjaman anda.
  7. Jika anda pembeli warga asing. Program Malaysia Rumah Keduaku adalah tepat untuk warga asing yang mahu menetap di negara ini. Jika anda warganegara asing, anda boleh teliti pilihan ini dan lihat apakah pilihan dan faedah program ini.
  8. Simpan wang di satu tempat. Enam bulan sebelum anda memohon pinjaman, jangan lupa untuk tidak menyentuh dana simpanan anda. Simpan di dalam bank. Belanjalah daripada sumber lain jika ada. Institusi pinjaman akan meneliti rekod kewangan anda sehingga enam bulan. Tentu saja anda mahu rekod anda bersih dan anda akan dapat peluang yang lebih cerah untuk pinjaman anda diluluskan.
  9. Jangan jatuh cinta dengan rumah. Ini akan mengganggu pertimbangan objektif anda semasa membeli rumah. Jadi pastikan anda berfikir panjang. Walaupun anda mahu pilihan A, anda tahu adalah lebih baik anda pilih pilihan B terutamanya jika ia menjimatkan kos. Jangan membeli secara emosional. Disebabkan masa depan anda bergantung kepada pembelian ini, anda perlu pastikan pilihan anda tepat dan jangan buat pilihan ikut hati.

Kesimpulan

Jangan lupa, anda tidak perlu terlalu tertekan dalam pembelian rumah. Dengan tip dan masa yang banyak, anda akan thu bagaimana untuk bergerak dalam pasaran hartanah Malaysia dengan baik.

Content Protection by DMCA.com

4 comments on “9 Tip Mencari Rumah di MalaysiaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *