Kenali Mereka: Abdul Muiez Ruslee

By | Julai 24, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama yeop tidak menulis mengenai sahabat-sahabat blogger yang yeop kenal di Facebook. Sebelum ini anda dah berkenalan dengan tuan Denaihati, kali ini yeop nak memperkenalkan seorang lagi sahabat yang menetap sejak 2009 di Sungai Besar, Selangor iaitu Abdul Muiez Ruslee.

abdul-muiez-ruslee

Sebenarnya nama beliau ini tak perlu diperkenalkan lagi, semua orang kenal kan. Mungkin yeop beri sedikit biodata mengenai beliau.

Dilahirkan pada 23 September 1983, beliau mengajar di satu sekolah menengah sekitar Tanjung Karang sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, selain beliau menulis cerpen dan novel di beberapa buah buku popular seperti Aku Terima Cintanya, Mandala Anak Merdeka dan buku terkini beliau, Epistolari: 50 Pucuk Surat Kepada… yang bakal memasuki di pasaran akan datang. Dengarnya buku Aku Terima Cintanya laris selaris-larisnya macam pisang goreng di kedai buku.

Beliau juga mempunyai blognya sendiri, Kisah Seorang Lobam yang bertumpu kepada pendidikan, penjelajahan dan kisah peribadi beliau. Apa sebabnya nama Lobam digunakan di blog beliau, hanya beliau saja yang tau. Sebelum itu juga beliau ada blog di BlogDrive. Oh ya, suara beliau pernah masuk ke HotFM AM Krew.

Okey, dah habis gelak kan?

Meh yeop sambung balik.

Pasal buku beliau yang laris dan sedap dimakan begitu saja, yeop mula semula penulisan yeop yang telah ditinggalkan sejak 2009 lagi. Entahlah, mungkin cara penyampaian beliau yang sangat mendayu-dayu sampai yeop pun nak mendayu-dayu sekali. Ewahh.

Mungkin idea masih takda, sebab tu datangnya kegagalan dalam hidup. Sedih woo…

Bila ditanya pasal rahsia penulisannya diterima pembaca, ini jawapan beliau:

Kalau nak tulis mesti berjemaah, tidak boleh buat berseorangan.

Ohhh baru yeop tahu. Kalau nak buat kerja apa sekalipun, jangan buat sorang-sorang. Pastikan ada berpasangan atau perikatan, barulah buat apa pun menjadi.

Beliau juga tidak suka buat bisnes MaLaM seperti yeop, puncanya, modal yang tinggi dan pulangan yang sedikit. Akhirnya, beliau jadilah penulis separuh masa.

Disebabkan beliau juga, yeop nak mulakan semula. Bayangkan nak mula dari mana pun taktau. Otak pun dah beku nak cari idea dari mana. Sebab itu yeop bakal bekerjasama dengan beliau dari penulisan cerpen.

Oh ya, disebabkan yeop bersemangat untuk menulis semula, beliau hadiahkan sebuah buku yang belum ada di pasaran, iaitu Epistolari: 50 Pucuk Surat Kepada… kepada yeop. InsyaALLAH yeop buat review mengenai buku ini dalam entri akan datang.

Jika nak beli buku, boleh Private Message ke Facebook beliau.

Terima kasih dengan nasihat dan idea dari bro, insyaALLAH kita bekerjasama pada masa akan datang.

Sekian saja entri yeop pada hari ini, wassalam.

Nota: selain menulis cerpen, beliau juga pandai masak. Datang rumah beliau terus ajak makan mee goreng, katanya beliau yang masak. Masakannya pun sedap, macam mak yeop masak. hehehee

2 thoughts on “Kenali Mereka: Abdul Muiez Ruslee

  1. kak yatiadam

    masing-masing mempunyai minta.. dan jika ia diusahakan dengan betul akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda…

    Reply
  2. Uncle Zuan

    cinta ibarat kurap. hahahaha

    cantik tips dia. memang nak berjaya kena ada team network, tengok sahaja kejayaan team denaihati harini 🙂

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *