Ada Apa Dengan MLM?

By | Januari 14, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

how-to-mlm

Dah lama sangat tak menulis mengenai cerita ini. Ia berlaku apabila seorang sahabat lama menghantar whatsapp (whatsapp saya adalah +60123462681) pasal gambar ke genting sebelum tu. Bila tengok muka dia, aku teringat masa aku desak dia masuk marketing tu dulu.

Entah, kenapa aku asyik ingat benda tu je. Itupun dah lama aku pendamkan semuanya, sampai hari ini.

Baiklah, aku beritahu juga maksud dan peranannya dalam kegiatan ini.

Maksud

Apa maksud MLM?

Itu bukan Maharaja Lawak Mega ya, lagipun rasa nak masuk final minggu depan je.

Ok-ok.

MLM atau Multiple Level Marketing atau Pengurusan Secara Berperingkat yang sering berlaku dalam bisnes di Malaysia ini. Seperti piramid, ia bermula pada level 1 sehingga level tertinggi dalam bisnes tersebut.

Bagaimana ia bermula?

Multi-level_marketing_tree_diagram

Bermula pada saya (contohnya), apabila saya dah mendaftar dengan ‘upline’ saya diwajibkan mencari downline tak kira sesiapa saja, dari penoreh getah sehingga bos besar mengikut kehendak ‘upline’ saya. Contoh, dia nak saya cari dalam 3 orang sahaja cukup. Kemudian ajak dia makan di kedai makan di mana-mana kemudian ‘upline’ sendiri akan menceritakan ke’best’an mengenai syarikat yang dia bawa.

Apa akan jadi selepas itu?

Selepas menarik seorang downline saya akan dapat cek hampir beribu ringgit hanya sekali guna saja. Ya, sekali guna. Macam BR1M tapi dalam bentuk cek yang perlu ditunaikan sebelum tarikh tertentu. Kemudian jangan goyang kaki pulak, kena cari orang lain pula.

Bila dah kukuhkan marketing kita, dapatlah apa yang kita nak, macam kereta mewah, rumah banglo 2 tingkat yang hampir berbilion ringgit, motor besar kalau gilakan benda tu, dan banyak lagi. Lagi best adalah jika dapat anugerah tertinggi dan kereta mewah secara percuma!

Apa yang tak best dengan benda ini?

Ada yang tak best pasal benda alah ini. Orang lain boleh larikan diri mengelak dari kemerepekan upline dan saya sendiri. Ya, ramai lari dari golongan begini. Mana mungkin dia nak dengar bebelan tunjuk menunjuk pasal duit dalam cek.

Bagi downline tu sendiri, tiada masa nak mencari rakan yang di’downline’kan di bawah saya. Dunia memang kecil, sangat kecil. bila diajak masuk benda tu, ramai dah terkena dengan semuanya dan terus fedap.

Mana tak fedapnya, syarikat sebelumnya bungkus rupanya.

Tips yang semestinya nak tahu pasal MLM

Saya terbaca dalam entri Mazidul Akmal Sidik mengenai marketing ini. Jadi, boleh dihadamkan dalam hati kita ya…

1. Mempamerkan kenderaan mewah.
Bagi saya tidak salah untuk berkongsi bukti kejayaan tetapi biarlah berpada. Usah bertindak keterlaluan sehingga sampai ke tahap seperti menunjuk-nunjuk. Perhatikan, sudah menjadi kelaziman, deretan kereta mewah berharga jutaan ringgit dipamerkan di hadapan pejabat MLM atau berhampiran lokasi ceramah dianjurkan agar dapat dilihat oleh prospek, majoriti orang muda.
Adakah kaedah menampilkan kejayaan dan kekayaan sebegitu 100% berkesan untuk menarik perhatian dan minat prospek menyertai mereka?

Adakah peragaan kenderaan mewah itu boleh dijalin dengan kejujuran dan keikhlasan? Atau peniaga MLM terbabit sebenarnya mengharapkan pujian dan sanjungan daripada mereka melihat?

Barangkali peniaga MLM sudi berkongsi fakta keberkesanan teknik itu bersama kita semua.
2. Penampilan bergaya.
Mata saya berasa sejuk melihat ramai anak muda berpenampilan bergaya sewaktu mendengar ceramah berhubung produk MLM. Mereka berkemeja, bertali leher dan memakai kasut berkilat. Tentunya mereka berhasrat menjadi  kaya-raya sedaya-upaya mempersiapkan diri untuk memenuhi tuntutan status sebagai jutawan biarpun bukan semua akan mengecapi status itu.
Pengalaman peribadi bertemu dengan seorang speaker ternama syarikat MLM di Kuala Lumpur memahatkan seribu persoalan di minda saya.
Sebelum jam 9 malam, saya sempat duduk bersembang bersama beberapa pegawai dan bekas pegawai polis di ruang legar di bawah dewan ceramah. Tetamu VIP itu hadir untuk mendengar ceramah bakal disampaikan oleh top speaker syarikat terbabit. Manakala saya pula datang untuk mendengar dan menilai cara penyampaian speaker ulung syarikat sama. Sebaik speaker itu tiba, dia kemudian bersalaman denganspeaker lain dan tetamu VIP mereka duduk berhampiran saya.
Tidak pula dimaklumkan kepada saya, untuk berada di situ, setiap peserta dimestikan berkemeja. Sedangkan saya hanya memakai t-shirt hitam dan berseluar jeans. Tidak hairan, sewaktu bersalaman, top speaker itu tidak langsung melihat wajah saya.
Saya menyambut tangannya sambil tersenyum. Tersenyum memerhatikan tatacara tahap beradaban individu bergelar jutawan dengan pendapatan harian didakwa mencecah RM300,000.
Kita semua tahu, lebih molek sewaktu bersalaman, kita melihat wajah individu berjabat tangan dengan kita. Tidak terjejas maruah mahupun martabat andai perlakuan itu dipraktikkan. Usaha sesekali menilai tetamu hanya berlandaskan kepada penampilan luaran mereka.
3. Menampilkan asas perbandingan tidak sesuai.
“Tiga tahun dahulu, saya bekerja sebagai pencuci kereta. Setiap hari saya membanting tulang empat kerat mencuci purata 15 buah kereta. Selain baju dan seluar dipakai jarang kering, kerja itu amat memenatkan dan lebih malang lagi, hanya dipandang sebelah mata oleh orang ramai. Sesekali saya berasa amat terhina kerana bergaji ciput, hanya sekadar cukup untuk melangsaikan bil bulanan dan membeli sedikit barang makanan untuk ahli keluarga. Di pertenghan bulan, wang gaji habis dan saya melopong. Namun lihat keadaan saya sekarang, setelah menyertai MLM, tahukah berapa harga tali pinggang saya pakai sekarang ini? Tahu? Harganya RM3,000. Itu baru tali pinggang, belum lagi saya kongsikan harga rumah banglo saya. Sekarang saya tidak lagi perlu mencuci kereta orang kerana orang lain melakukakan kerja mencuci kereta saya bernilai lebih sejuta ringgit …”
Pada hemat saya, speaker syarikat MLM, tidak perlu menghamburkan kenyataan perbandingan sebegitu riak.  Justeru saya kongsikan kenyataan lebih sedap diperdengarkan …
“Tiga tahun dahulu, saya bekerja sebagai pencuci kereta. Setiap hari saya membanting tulang empat kerat mencuci purata 15 buah kereta sehari. Biarpun baju dan seluar dipakai jarang kering tetapi saya berasa amat berpuas hati kerana melakukan tugasan itu secara ikhlas sekaligus meraih rezeki halal. Apapun saya bersyukur kerana berpeluang menempuh cabaran sebegitu dan mampu membayar bil bulanan serta menyara keluarga. Namun Allah membukakan pintu rezeki lain kepada saya sekeluarga. Menyertai perniagaan MLM ini memberikan saya peluang untuk meraih LEBIH pendapatan dalam keadaan LEBIH lebih selesa dan halal. Alhamdulillah. Apapun, walau rezeki bertambah, kekadang baju saya pakai masih lagi dibasahi peluh tetapi peluh dingin sewaktu bercakap di pentas awam kepada prospek …”
4. Tayang wang

Gambar wang berkepuk seperti di bawah ini juga dianggap sinonim untuk menarik perhatian masyarakat. Mungkin kerana itu apabila gambar sama di tag di laman Facebook ramai berasa meluat melihat.

Ramai antara kita ingin memiliki wang berjuta tetapi kaedah hard sell diaplikasikan dalam busines MLM itu kelihatan keterlaluan.

Konsep itu saya lihat lebih kurang sama dengan peragaan kereta mewah.

5. Laungan ‘hebat!’ dan ‘luar biasa!’

Lazimnya manusia hebat tidak melaungkan kehebatan mereka. Biarlah orang lain melabelkan kita begitu, bukan bertindak bak masuk ke dalam bakul dan mengangkat sendiri. Kehebatan dan keluarbiasaan perlu dibuktikan, itu pandangan saya.

6. Menjerit bak orang terkena sawan

Saya akur, bukan semua speaker MLM mengamalkan kaedah komunikasi sebegitu. Sebilangan lebih tenang sewaktu berkongsi pengalaman diraih dalam perniagaan MLM bersama prospek mereka. Malangnya ramai berteriak dan menjerit bak terkena sawan di pentas pengucapan awam kononnya untuk menaikkan semangat penonton.

Barangkali speaker seperti itu kurang arif membezakan di antara  nada jeritan dan intonasi untuk menaikkan semangat prospek duduk termanggu di hadapan mereka. Hemat saya, pemilihan perkataan tepat disokong nadi dan bahasa tubuh antara elemen utama mampu membangkitkan semangat penonton.

Ok, rasanya tak perlu saya panjangkan cerita ini. Ramai yang terkena dengan cerita MLM ini, dan ramai yang menyesal tak sudah. Tapi masing-masing ada hak.
Dah, tutup cerita. Wassalam.

2 thoughts on “Ada Apa Dengan MLM?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *