Ada Hikmah Di Sebalik Perpisahan Ini…

By | September 15, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

kehilangan

Tiba-tiba yeop teremosi dengan sahabat yeop yang baru yeop kenali sejak beberapa bulan lepas. Mana tidaknya, sejak yeop berpindah ke tempat baru, yeop mula berkenalan dengan dia dan kami jadi sahabat rapat.

Sehingga satu ketika, yeop baru mengetahui bahawa dia sudah bertunang dan akan bernikah dengan pasangannya. Ya-ALLAH, luluh hati yeop seketika!

Sampai satu masa itu yeop tidak habis bersendirian dan menanyakan kepada ALLAH mengenai perpisahan ini. Sebenarnya yeop belum pasrah dengan ketentuan-Nya dan yeop sukar untuk meluahkan dengan kata. Dalam hati yeop berkata, “Perlukah aku mengacau kehidupan orang lain?”, “Perlukah yeop meninggalkan dirinya walau dia hanya sahabat sekerja?”, “Perlukah aku bertanya khabar dan bergurau senda akan datang nanti?”

Yeop tahu dia senang mesra dengan sesiapa saja termasuk yeop sendiri. Tetapi hati yeop lain sebenarnya.

“Kalau yeop kenal dia ibarat yeop adalah kekasihnya.”

bukan-perpisahan-yang-kusesali

Tetapi takdir ALLAH yang maha adil, maha mengetahui isi hati yeop yang sedang duka lara ini. Mungkin yeop takkan melihat dia buat seketika, biarlah dia mencari yeop.

Yeop redha dengan ketentuan Ilahi dengan menurunkan perasaan cemburu kepada dia (sebenarnya yeop tiada rasa cemburu kepada sesiapa saja termasuk bekas kekasih yeop). Cemburu itu satu fitrah, satu perasaan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata, hanya perasaan saja yang mengungkapkan segala isi hati yeop yang sedang duka.

Ya-ALLAH, yeop cemburu sebenarnya!

Yeop harap sangat bahawa memudahkan lagi perasaan dan hati yeop untuk mencari dan memahami sesiapa saja, termasuk bakal isteri yeop yang yeop tak tahu siapa.Entah dia tu bujang lagi, entah dia tu janda tak kisahlah asalkan dia memahami dan menerima yeop seadanya.

Sebelum penutup penulisan yeop, yeop ingin anda semua mendengar lagu ini.

Sekian, Wassalam.

Nota: kepada si dia, yeop berdoa agar berbahagia bersama suami tercinta dan berkekalan hingga akhir hayat. Aaamin…

5 thoughts on “Ada Hikmah Di Sebalik Perpisahan Ini…

  1. Nurul Fazreen Othman

    Sabar itu manis. Jodoh, hidup dan mati semuanya rahsia Allah. Allah is the great planner and Allah knows everything. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kita hanya mampu berdoa, usaha dan tawakal.

    Reply
  2. mizi

    menangis mizi baca entri yeop. sabar yeop hidup memang banyak dugaan….

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *