AddToAny Plugin Whatsapp Untuk WordPress

By | Januari 7, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Plugin AddToAny

Plugin AddToAny

Dulu kita hanya berkongsi di Facebook dan Twitter tetapi sekarang, semuanya di hujung jari anda. Benda yang baik memang elok dikongsi bersama, benda yang buruk perlu jadikan sempadan. Eh melalut pulak yeop cakap.

Sekarang Whatsapp menjadi platform paling mudah untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat yang kita kenal. Seperti perkongsian melalui blog, apabila kita dah baca entri kemudian ingin berkongsi melalui Whatsapp, tapi tak ada butang kongsi. Nak tak nak mereka terpaksa copy-paste link blog ke Whatsapp. Kini anda tidak akan buat kerja itu lagi kerana yeop nak ceritakan mengenai plugin WordPress khas untuk Whatsapp.

Anda mungkin perasan di atas dan bawah entri mempunyai butang kongsi dengan pelbagai aplikasi termasuk Whatsapp. Ia sebenarnya menggunakan plugin yang yeop baru cari di Enjin Google pagi tadi. Yeop dah terjumpa plugin AddToAny.

Plugin ini memang sesuai kepada semua platform seperti Blogspot, WordPress.org, WordPress.com dan Tumblr kerana di situ boleh kita menyenaraikan apa-apa platform yang biasa kita guna untuk dikongsi melalui aplikasi dengan mudah. Lagipun untuk WordPress.org, penggunaan plugin yang mudah tak perlu memikirkan koding untuk dimasukkan dalam blog kita.

addtoany2

addtoany3

Cara mengisi AddToAny menggunakan WordPress.org:

1. Login ke papan pemuka anda.

2. Muat Turun dan Install plugin Share Buttons by AddToAny secara percuma.

3. Selepas aktifkan plugin, pergi ke Setting > AddToAny > pilih butang kongsi yang anda suka seperti WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lain kemudian klik simpan.

4. Bergembiralah untuk berkongsi kepada semua pembaca.

Diharap perkongsian ini akan berterusan kepada pengguna WordPress. InsyaAllah. Sekian saja penulisan yeop hari ini. Wassalam

9 thoughts on “AddToAny Plugin Whatsapp Untuk WordPress

  1. Noor Azlin @ Bizznurse

    Menarik, lagi senang nak share kat whatsapp (bila guna mobile browser). Takyah copy link dah . Send jer !

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *