Aku, Raya & Chi-Kit Teck Aun

By | Ogos 10, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berakhir sudah Ramadhan yang diberkati, dan datangnya hari kemenangan kepada seluruh umat Islam seluruh dunia.

Kalau diikutkan memang tak nak raya tahun ini, tapi dah disarankan oleh Allah, berayalah jugak huhu

Sebelum terlupa, saya memohon seribu kemaafan zahir dan batin kepada semua pembaca blog Ceritaku Di Mana-Mana Saja… dari hujung rambut ke hujung kaki dengan segala kesilapan dan kekhilafan sepanjang menulis di blog ini.

Oklah, saya teruskan cerita ini dengan kes semalam.

Hari pertama Aidilfitri kemain, saya makan macam biasalah, rendang ayam, ketupat, lemang, kuih raya, sampai kenyang (perut kecil je, tak muat dalam tangki nie huhuhu)

Hari kedua (semalam kiranya) adik beradik termasuk saya mengalami sakit perut secara mendadak. Macam-macam ubat makan ditelannya, tapi tak boleh jugak.

Sementara saya pergi beraya di Perak Tengah, saya tak berapa tahan dengan kesakitan yang melanda diriku…

Singgah ke masjid seketika, cari ubat Chi-Kit Teck Aun (teringat sebenarnya) dalam laci kereta, memang tinggal satu kotak dalam tu.

Fuh, lega rasanya…

bolehlah beraya sakan nampaknya hehehee

Alhamdulillah, dah selesai beraya kali ini…

nota: jika anda sakit perut selepas raya, sediakan Chi-Kit Teck Aun dalam kereta atau di mana-mana saja, beli 3 kotak pun jadi…

Hee sabo jelah ngeeee

Nota 2: Esok ada entri special. Tunggu ya… 🙂

6 thoughts on “Aku, Raya & Chi-Kit Teck Aun

  1. Bahrain

    Makan banyak sangat, tu yg sakit perut..haha, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin.

    Reply
  2. muja

    selamat hari raya,, mana boleh time raya tak nak raya,, ok,, sakit perut jugak ni,, hehe

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *