Andaian Yang Tidak Berkesudahan…

By | Mac 30, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

mh370

Yeop ada terbaca dalam satu akhbar dalam talian (online) bertajuk Cerita Aneh ‘Penumpang MH370’ di Sinar Harian hari ini. Ini bukan yeop nak ulas kenyataan tersebut, tapi nak mengulas komen-komen yang mungkin anda nak marah.

Kita sedia tahu bahawa kapal terbang MH370 masih belum dijumpai, dan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak berakhir di Lautan Hindi, membuat ramai tertanya-tanya adakah ia masih belum dijumpai atau tidak.

Dalam kes ini, biasalah ramai keyboard warrior membuat andaian sendiri berdasarkan hanya menonton televisyen dan baca di Facebook saja! Apa, salah ke yeop berkata?

Dari awal kehilangan sehingga sekarang, tak habis-habis menidakkan apa Kerajaan Malaysia lakukan untuk mereka? Lebih buruk lagi, Center Network News (CNN) membuat cerita untuk memburukkan lagi keadaan. Semakin lama semakin teruk dikecam oleh semua, tak kiralah dalam negara atau luar negara.

KL indon

Apa yang lagi memburukkan adalah Malaysia dianggap sebagai pengganas dunia, sedangkan mereka adalah pengganas dunia. Nampak sangat menipunya.

pengganasKerajaan Malaysia dah biasa sangat dengan benda alah ni, apa nak heran kan.

Tu dalam cerita luar negara, dalam negara lebih teruk. Mana taknya ramai keyboard warrior yang cerdik pandai membuat andaian sendiri. Walaupun kerajaan masih mencari kapal terbang malang ini tapi biasalah, mulut manusia payah nak tutup. Kalau tempayan bolehlah tutup kan

warrior warrior2

Ini namanya cakap ikut sedap tekak. Betul kan?

Jadi, sebagai rakyat Malaysia dan dunia anda digalakkan berdiam diri saja. Jangan buat andaian kononnya kita lebih pandai dari orang lain. kalau tak bolehlah turun padang dengan pasukan tentera Malaysia, cari sama-sama. Setuju?

Nota: Nama telah diputihkan untuk menutup keaiban orang lain, tapi kalau diri sendiri dah buka aib yeop takkan tolong.

Sekian, wassalam.

9 thoughts on “Andaian Yang Tidak Berkesudahan…

  1. Katak Comel

    walaupun aku taksub dengan mh370 nie, tapi aku takkan sekali2 masukkan cerita iluminati, freemason dan spekulasi yang di luar jangkauan fikiran waras manusia.

    lagi satu aku nk tegur, kerajaan sudah pun buat u-turn selepas buat statement merapu yang mengatakan mh370 berakhir di lautan hindi. harap maklum ya!

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      kalau benar diputarbelit, mesti ada sebabnya. bukan buat sesuka hati mereka.

      yeop bukan nak backup kerajaan tapi biarlah ia berfakta. kalau fakta pun dari luar negara pun tak guna jugak.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *