Apa Itu 29 Februari?

By | Februari 29, 2016

Assalamuaikum dan selamat sejahtera.

29feb

Hari ini adalah hari Isnin, bersamaan 29 Februari 2016.

Macam selalunya, kita akan jumpa 28 hari sahaja pada bulan Februari setiap tahun, tapi 29 Februari adalah tarikh yang istimewa, terutama mereka yang menyambut hari lahir pada hari ini.

Jadi, tahukah anda dengan 29 Februari?

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.

Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.

Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.

Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.

Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

Di Malaysia, tarikh itu diibaratkan sebagai tahun yang sangat istimewa kepada semua orang. Yelah, empat tahun sekali kan…

Tarikh 29 Februari juga boleh berkait dengan filem 29 Februari dari KRU Studios.

Yeop sendiri dah menonton filem tu, ia sangat menarik walaupun berkait dengan sejarah negara Malaysia.

Jadi, bagi yeop keistimewaan 29 Februari adalah satu tarikh yang jarang-jarang kita bertemu. Beruntunglah kepada mereka yang lahir pada tarikh keramat ni…

One thought on “Apa Itu 29 Februari?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *