Apa itu Kereta?

By | Jun 28, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kereta, semestinya anda mengetahui yang berada di jalan raya selain motosikal, lori dan bas. Bagi mereka yang tak mengetahui mengenai kereta, mereka akan mencari dalam sumber tertentu.

Saya hendak menceritakan secara detail mengenai ini.

Kereta ataupun automobil ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana ‘motor’ merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.

Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya dan mengangkut penumpang daripada membawa barangan, walaupun kadangkala kenderaan lasak (SUV – Sport Utility Vehicle) membenarkan penggunaan kereta di luar jalan raya. Di dunia ini sekarang terdapat beberapa jenis jenama kereta; yang terkenal ialah Toyota, Honda, Mitsubishi, BMW, Mercedes Benz, PROTON, Hyundai, Volvo, Isuzu, Mazda, Skoda, Nissan, Alfa Romeo, Citroen dan banyak jenama lain di seluruh dunia.

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu

Akan datang, saya akan menceritakan tentang jenis kereta dan penggunaannya dalam setiap manusia di dunia.
Sekian.

One thought on “Apa itu Kereta?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *