Apa Itu NFC?

Kongsi Entri Ini di

Benarkah sistem bayaran tanpa wayar PayWave tidak selamat digunakan? Baru-baru ini telah viral di media sosial tentang ‘bahaya’ kaedah pembayaran ini.

Adakah ia benar? Di bawah adalah kebenaran mengenainya.

Dan jangan lupa kongsi kepada rakan-rakan anda! Sebarkan ilmu. Hapuskan pembodohan teknologi!

Apa Itu NFC?

NFC bermaksud Near Field Communication. Ia adalah teknologi pemindahan data di antara 2 peranti. 1 peranti memancarkan signal, dan 1 lagi peranti menerima signal yang dipancarkan aruhan elektromagnetik.

Sistem pembayaran PayWave, Samsung Pay, Android Pay dan juga Apple Pay menggunakan NFC untuk menjalankan transaksi jual-beli ‘wang maya’ (virtual money).

Jarak Pemindahan Data

Jarak pemindahan data adalah sependek 4cm. Jadi, bagaimana maklumat dalam kad anda akan dicuri sekiranya ‘penggodam’ berada lebih jauh daripada 4cm?

Dan sekiranya ‘penggodam’ tersebut mendekatkan peranti ke punggung (yang mana tempat anda meletakkan wallet anda) untuk menggodam kad PayWave anda, adakah ia cukup dekat? Sedangkan duit kepingan duit dalam wallet anda lebih ‘jauh’ daripada 4cm. Tambahan pula jika anda memang orang kaya!

Jarak Boleh Dipanjangkan hingga 1 meter?

Bagaimana pula dengan alat seperti Flomio NFC patch? Adakah ia memanjangkan gelombang NFC?

TIDAK. Alat ini hanya berfungsi sebagai ‘extender’. Ia tidaklah memanjangkan gelombang NFC, sebaliknya patch ini harus dipasangkan pada peranti, dan alat ini mempunyai kabel sepanjang 1 meter.

Pencuri hanya akan berjaya menggunakan kad anda jika anda membenarkan mereka memasang Flomio patch ini pada kad anda. Nak bagi ke?

Sekuriti dari Pihak Bank

Pihak bank sendiri menetapkan beberapa langkah sekuriti seperti CVV/CCV, PIN, tarikh luput kad, dan sebagainya. Agak sukar untuk pencuri mengetahui maklumat ini, melainkan anda sendiri yang mendedahkan kepada mereka.

Perlu ke beli Dompet Anti-RFID?

Perlu beli wallet anti RFID (radio frequency identification)? Nampaknya mereka ini menangguk di air yang keruh, di sebalik ketidaktahuan masyarakat tentang NFC dan PayWave.

Mereka cipta ‘masalah’ dan kejahilan, kemudian mereka menjual pula wallet yang kononnya menyelesaikan masalah dunia. Ini taktik licik untuk mengaut keuntungan daripada kejahilan orang lain.

Sumber dariĀ goo.gl/HQYZtN

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *