Apa Itu Plagiat?

By | April 13, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

plagiat

Berlaku lagi kepada blog yeop, apabila sesetengah penulis yang menyalin-lekat tanpa keizinan yeop. Bukankah yeop dah bagitau, kalau nak menyalin-lekat pun, letaklah link dari mana. Ni entah, sesuka hati pedal limpa jantung menyalin semula ke mana-mana blog dan laman sosial seperti Facebook.

Anda layak digelar sebagai pencuri plagiat!

Kenapa yeop bergelar sedemikian?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Plagiat adalah memplagiat mencedok kata-kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakan­nya sebagai karyanya sendiri atau digelar sebagai menjiplak.

Dalam bidang kewartawanan, plagiarisme dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau diberhentikan kerja. Sesetengah individu yang ditangkap kerana menciplak dalam penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat menciplak, melalui kegagalan mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan. Sementara penciplakan dalam bidang akademik dan penulisan mempunyai sejarah berkurun lamanya, perkembangan Internet, di mana rencana dipaparkan sebagai teks elektronik, menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui potong dan tampal sesuatu teks dari sesebuah laman web ke satu lagi laman.

Penciplakan bukanlah cetak rompak. Sementara kedua-dua istilah boleh merujuk kepada sesuatu perbuatan yang sama, masing-masing membawa maksud yang berbeza. Cetak rompak bermaksud pencabulan hak terhadap pemilik hak cipta, di mana bahan-bahan yang dilindungi hak cipta digunakan sewenang-wenangnya tanpa izin. Sementara itu pula. penciplakan pula berkaitan dengan perbuatan memplagiat reputasi penulis yang dicapai melalui dakwaan penulisan yang palsu. – Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu.

Yeop tak mahu sekejam sebegini, cuma hormatlah yeop sebagai penulis blog yang sentiasa mencari bahan untuk bacaan semua orang. Bukan apa, yeop tak mahu perkongsian yang tidak betul kepada semua pembaca sehingga berlakunya kecelaruan fakta dari mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jadi, beringatlah bahawa anda telah mencuri hak intelek orang lain tanpa sedar. Bukan blog yeop, ramai rakan-rakan blogger lain meluahkan perasaan sebegini dalam mana-mana grup blogger di Facebook dan WhatsApp. Jika anda hendak berkongsi pun, hanya link sahaja dibenarkan. Menyalin semula dan melekat ke mana-mana blog dan laman sosial adalah salah dalam hak intelek.

Jika anda masih berkeras untuk menyalin semula, yeop melaporkan plagiat kepada Google dan Facebook untuk mengelakkan perkara sama terjadi.

Bukan yeop nak berkeras sangat, cuma yeop ingatkan saja.

3 thoughts on “Apa Itu Plagiat?

  1. mrhanafi

    blog saya pernah kena plagiat dan kebetulan artikel yang tu berada halaman utama Google..

    artikel saya yang asli berada halaman yang kedua pula…

    untuk mengelakkan plagiat begitu saya tanamkan achor backlink ke website bisnes sendiri supaya dia yang copy and paste tu tolong kasi promote percuma..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *