Apa Perlu Buat Jika Dia Paksa Kita Mencintai Dia?

By | November 22, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sumber dari Google Imej

Sumber dari Google Imej

Sejak akhir-akhir ini, yeop hampir menyepikan diri untuk seketika untuk menghabiskan waktu yang ada bersama si dia. Biasalah, masing-masing nak kena jaga hubungan kan.

Masalah paling utama dalam hidup yeop adalah, ada seorang perempuan yang nak berkenalan dan nak yeop cintakan dia sepenuh hati kita, sedangkan kita mempunyai si dia yang setia dengan yeop. Yeop hampir meninggalkan si dia hampir 24 jam kononnya nak tau apa yang dia nak dengan yeop.

Okey, yeop mulakan cerita sebenar.

Minggu lepas, yeop mendapat mesej dari seseorang yang tidak dikenali, dia nak bercinta dengan yeop. Yeop hanya namakan sebagai N. N sebenarnya sudah jatuh cinta kepada yeop sejak tahun lepas, dia cakap masa event besar-besaran di Kuala Lumpur. Yeop tak sangka ada pengintip (stalker) yang mencuri hati yeop secara senyap. Kemudian, hampir setahun enam bulan lebih kuranglah, N hantar mesej kepada yeop, nak berkenalan dengan yeop. Mana dapat nombor telefon yeop, entah. Tapi N nak yeop cintai N, sampai N sanggup buat apa saja untuk dapatkan yeop. Pada masa yang sama juga, yeop ada si dia yang melekat di hati yeop.

Apabila dia nak dapatkan yeop, si N tu mula buat cerita yang agak kurang menyenangkan yeop dan si dia sampai yeop hampir mempercayai N dan tinggalkan si dia. Dalam masa 24 jam juga, yeop cuba berkenalan dengan N, tapi N minta macam-macam yang agak mustahil dan pelik. Agaknya yeop tidak sedar apa-apa yang berlaku kepada yeop. Nasib baik yeop tak jumpa N.

Setelah yeop terlena dibuai perasaan dengan N, yeop tersedar rupanya N hanya nak yeop hanya kerana suka-suka. Yeop tinggalkan N dan dapatkan semula si dia. Mujurlah si dia tak pergi jauh. Sebenarnya yeop risau dengan si dia. Bayangkan, yeop dan si dia telah setahun dilamun perasaan, sedangkan N baru 24 jam. Si dia pun sebenarnya dah serik dengan yeop tapi si dia maafkan yeop, tapi bersyarat. Apa syaratnya, rahsia.

Tapi ada cerita antara yeop dan N sepanjang berkenalan selama 24 jam.

  1. N sebenarnya anak tunggal yang kekurangan kasih sayang dari ibu bapa, tapi hartanya banyak. N memang nak berkongsi harta dengan yeop, tapi tak tergamak yeop nak ambil harta N dan keluarganya.
  2. Boleh ke N beri kasih sayang dan cintanya kepada yeop, sampai satu tahap N yakin yeop akan bahagia dengan N. Yeop sendiri tak yakin dengan kasih sayang kepada N.
  3. Kemungkinan ada kesilapan yeop sendiri juga, yeop telah memberi harapan kepada N untuk bersama N sampai bila-bila, tapi yeop sendiri tak yakin dengan hubungan ini.
  4. Silap yeop juga, yeop memandang hartanya melebihi kasih sayang kepada N. Sebab tu yeop sanggup tinggalkan si dia dan pergi pada N.
  5. Apabila yeop sedar, yeop tinggalkan N dan pergi semula kepada si dia.

Jadi, apa perlu buat jika N paksa yeop untuk mencintai N?

  1. Lupakan N je.
  2. Abaikan mesej N dan emel N.
  3. Pergi pujuk balik si dia, sampai si dia yakin dengan yeop.
  4. Minta maaf tak cukup, belilah apa yang si dia suka. Macam aiskrim ke, kek ke…
  5. Sayangi si dia, jangan curang dengan si dia lagi.

Ini pun peringatan untuk diri yeop sendiri. Kalau tak, terpaksa lupakan si dia je. hmmm

2 thoughts on “Apa Perlu Buat Jika Dia Paksa Kita Mencintai Dia?

  1. namiacinta

    fuhh dasyat betul sampai macam tu sekali kan .. fuhh fuhh fuhhh kita kalau jumpa perempuan macam tu kita seret atas jalanraya baru dia ada akal sampai nak kacau orang.. huhuhu bila ada dugaan macam ni hati kena kuat jangan pandang pada apa yang indah.. fikir balik semua kenangan yang tersedia ada buruk baik pasangan. itu belum kawen kalau dah kwen lagi macam2 dugaan.. well semoga bahagia ye

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *