Apa yang Yeop Belajar dari Mr. DIY?

By | Januari 8, 2018

apa yang yeop belajar dari Mr. DIY?ditulis di profil Facebook

 

setiap kali kita masuk kedai Mr. DIY, pasti kita akan terbeli sampai berbelas-belas barang.

bukan anda je, yeop pun terkesan sama. hahaha

kenapa Mr. DIY?

mungkin juga disebabkan perkara berikut:

1. barangnya murah berbanding kedai-kedai elektrik lain. bayangkan, bilah kipas 16 inci jenama Mr. DIY berharga RM6.90 satu?

kalau di kedai lain, agak-agak berapa?

2. pilihan barangnya terlalu banyak, sampai penuh dalam kedainya.. dari barang perpaipan, aksesori kereta, helmet motosikal pun ada, sampailah barangan kanak-kanak macam lego dan kereta.

bak kata pakcik astro (dah meninggal), macam-macam ada…

3. kedainya dah mencecah 500 outlet (hasil dari jenama Mr. DIY). Jenama Mr. DIY, pasti anda tahu sejak kedai pertamanya sampailah sekarang ni, pasti orang akan ingat dan kata “Jom kita pergi Mr. DIY” dan bergegaslah ke sana.

kerana jenama itu orang sentiasa ingat dan tunggu di tempat tinggal mereka.

Apa yang yeop belajar dari Mr. DIY?

Jenama Mr. DIY sebenarnya memberi satu idea kepada yeop untuk mempelbagaikan apa yang ada dalam kedainya.

samalah macam blog yeop.

dulu-dulu yeop pernah campur-adukkan entri-entri dalam yeopmaz.com tapi biasalah, trafik harian agak hancur lebur kebabom tanpa kesan.

jadi, nampaknya yeop mulakan semula apa yang menulis dalam blog yeop..

terima kasih kerana membaca.

Yeop Maz
blogger suam-suam kuku

kongsi jika tulisan ini bermanfaat.

2 thoughts on “Apa yang Yeop Belajar dari Mr. DIY?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *