Apabila Perasaan Sayang Semakin Pudar

By | Januari 4, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

orang salah

Perasaan datang apabila bertemu antara dua mata, mungkin disengajakan atau tidak sengaja. Tidak kira di mana anda bertemu dengannya. Kadang-kadang perasaan itu tiba-tiba datang tanpa diduga, yelah bila dah sama-sama senyum apa boleh buat kan.

Akhirnya mereka mula bertemu di mana mereka ingin jumpa, ajak pergi makan malam bersama. Masa itu juga mula berkenalan antara satu sama lain.

Semakin hari semakin berkurangan kasih sayang antara mereka berdua, sehingga ada masa mereka bergaduh hanya kerana salah faham. Bayangkan apabila teman lelakinya perasan dia selalu mesej dengan orang lain, walaupun teman lelaki sedang memandu di sebelah. Ingat teman lelakinya tak perasanlah tu. Disebabkan Whatsapp juga, hubungan antara mereka semakin renggang dan semakin pudar. Ingatkan lelaki tu hanya sekadar mesej biasa, rupanya lebih dari itu. Siap main sayang-sayang kat orang lain.

Dulu orang tua (maksud yeop, ibu bapa kita) kekal perkahwinannya disebabkan kesetiaan antara satu sama lain, tetapi sekarang dah jadi tunggang langgang. Tak kiralah kita sendiri atau ibu bapa kita sendiri mula bersikap dingin disebabkan mendapat mesej dari orang lain. Benda ini disebabkan apa yang berada di tangan kita. Kejujuran telah hilang sekelip mata, sehingga terputusnya hubungan atau penceraian.

Kadang-kadang sikap kita sering diperkatakan semasa perhubungan antara kita berdua. Ada yang tak ingin tahu langsung dengan pasangannya sehingga abaikan hubungannya. Jadi kasih sayang itu telah hilang dengan sekelip mata, tak perlu yeop katakan ia adalah merapu semata-mata.

Memang kita nampak benda ni remeh, cuma lihat pada masa depan anda sendiri. Anda inginkan perasaan itu hilang? Cubalah buat begitu, insyaAllah apa yang anda inginkan akan dapat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *