Apam Pasang Makanan Tradisi Kuala Kangsar

By | September 4, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

apam-pasang-kuala-kangsar

Anda kenal dengan makanan ini? Selalunya orang bukan Kuala Kangsar Perak tidak mengenali makanan ini.

Baunya yang harum semerbak boleh dihidu dari jauh ditambah pula jika dihidang panas-panas di kala hujan, pasti menambahkan lagi keenakan makanan sampingan untuk minum petang, iaitu apam pasang atau apam Kuala yang sinonim di bandar Kuala Kangsar.

Mudah diperoleh di pasar malam dan gerai-gerai di sekitar Kuala Kangsar, kuih ini digemari kerana bentuk dan rasanya yang mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ataupun sewaktu zaman persekolahan anda dahulu.

apam-pasang-kuala-kangsar-2

Ianya dipanggil apam Kuala bersempena nama daerah Kuala Kangsar yang sangat terkenal dengan kuih ini, tidak diketahui sama ada ia boleh diperoleh di daerah lain di Perak namun jarang sekali untuk didapati di tempat lain.

Ada sesetengah yang menamakan ia apam pasang kerana kuih ini apabila siap akan ditelangkupkan dua, sama seperti kembar dan sepasang.

Rasa apam ini agak manis tetapi enak di makan bersama kelapa muda yang telah diparut, apa yang menjadikannya unik adalah dari segi penyediaaannya menggunakan nasi yang ditapai dengan ragi berbanding penggunaan yis untuk apam berlainan jenis.

apam-pasang-kuala-kangsar-3

Selain itu , apam Kuala menggunakan tepung beras dan bukan tepung gandum serta dilapik dengan daun pisang semasa dikukus, itu yang menjadikannya berbau harum dan enak untuk dimakan.

Kebiasaannya ia tetap akan lembut walaupun disimpan sehingga keesokan hari memandangkan cara pembuatannya yang masih menggunakan cara tradisional, jika dahulu bentuknya mungkin bulat tetapi kini divariasikan mengikut cita rasa masing-masing mengikut peredaran zaman.

Dalam pada itu, kuih tradisional ini juga tidak diletakkan sebarang pewarna dan hanya berwarna putih sahaja, selalu dihidangkan semasa jamuan gotong-royong dan kenduri kahwin.

Fakta dari Suara Perak

17 thoughts on “Apam Pasang Makanan Tradisi Kuala Kangsar

  1. aimannajmy

    confius betoi antara apam dan apum.. rasa kot belah kedah panggil apum huhu

    Reply
    1. Yeop Maz Post author

      ia menggunakan pembungkusan tradisional, mengekalkan bau dan rasa sedia ada.

      sebab tu rasanya enak dan sedap.

      Reply
    1. Yeop Maz Post author

      sangat sedap dan berlemak.

      mula2 rasa masam, bila kunyah lagi rasa lemak.

      sedap sangat. mesti cuba.

      Reply
      1. mrhanafi

        tunggu saya jadi blogger kembara dulu..dapat kembara seluruh Malaysia dan dunia..

        Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *