Aplikasi Semak Harga Petrol di Apple App Store dan Google Play Store

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda pasti terdengar dengan perubahan harga di atas pam minyak Petrol RON95, RON97, RON100 dan Diesel mengikut mingguan, berbanding mengikut bulanan mulai 30 Mac ini.

Aplikasi Semak Harga Petrol di Apple App Store dan Google Play Store

Yeop telah mengenal-pasti beberapa aplikasi yang boleh menyemak harga minyak petrol dan diesel tanpa singgah ke mana-mana stesen minyak.

  1. Harga Migguan Petrol Malaysia – Aplikasi Google Play Store ini telah dibina oleh Bricatta untuk untuk membantu Rakyat Malaysia mengetahui harga di antara stesen-stesen minyak di Malaysia. Ia akan mengeluarkan notifikasi sekiranya perubahan harga minyak berlaku. Jadi, anda tidak perlu terkejut dengan notifikasi yang keluar dari telefon pintar anda. Anda boleh memuat-turun aplikasi Harga Migguan Petrol Malaysia di sini.
  2. Syok Driver – Aplikasi ini berada di Google Play Store dan Apple App Store dan telah dibina oleh Agmo Studio Sdn Bhd untuk perkara yang sama, dengan beberapa tambahan tab seperti laporkan pemandu yang baik dan buruk, dan bersembang hanya menggunakan nombor plat kereta. Anda boleh memuat-turun aplikasi Syok Driver di Google Play Store dan Apple App Store.
  3. Fuel Price Malaysia – Petrol  Aplikasi Apple App Store pertama yang menyiarkan Aplikasi Petrol di Malaysia, tanpa iklan dan dari pembina aplikasi AES Malaysia dengan cecahan 100,000+ pengguna yang boleh menyemak harga minyak petrol dan diesel di seluruh Malaysia. Anda juga boleh mengira berapa Ringgit yang anda perlu isi untuk kenderaan anda. Anda boleh memuat-turun aplikasi Fuel Price Malaysia – Petrol di sini.
  4. CARPUT – Aplikasi Apple App Store dan Google Play Store yang membantu anda mengenalpasti harga petrol mingguan, dengan tambahan seperti Bantuan Kenderaan Rosak di tepi jalan dengan hanya di hujung jari sahaja. Servis yang mereka sediakan seperti Penghantaran dan pemasangan bateri kenderaan, tangki minyak habis, kereta anda pancit atau servis trak penunda. Anda boleh memuat-turun aplikasi CARPUT di Google Play Store dan Apple App Store.

Jadi, anda boleh memuat-turun aplikasi yang yeop sarankan kepada anda. Anda boleh mencuba satu-persatu. Jika anda berpuas hati dengan aplikasi ini, bolehlah beri bintang kepada mereka.

Diharap entri ini bakal membantu anda yang menghadapi kesulitan seperti yeop.

Content Protection by DMCA.com

3 comments on “Aplikasi Semak Harga Petrol di Apple App Store dan Google Play StoreAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *