Aplikasi Kesan Nombor Telemarketer di Malaysia

By | September 17, 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahukah anda bahawa semasa anda mendaftar sesuatu dalam borang-borang seperti borang pinjaman kewangan atau pendaftaran internet seperti Telekom Malaysia dan telco lain, anda akan diberi perjanjian mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh mereka termasuk frasa “anda bersetuju untuk memberikan nombor telefon anda kepada pihak ketiga dan mereka tidak bertanggungjawab apabila mendapat panggilan dari pihak ketiga”.

Nampaknya frasa ini tidak diikuti dan dibaca secara terus, hanya tahu tandatangan saja. Kalau tak setuju syarat tersebut dianggap terbatal. Nak tak nak terpaksa melayan juga dengan penuh tandatangan berhelai-helai kertas perjanjian itu.

Apabila berlakunya perjanjian yang berat sebelah itu, akhirnya nombor sekian-sekian melebar di nombor telefon bimbit kita dengan tawaran palsu atau ingin mengutip wang secara kasar dan bangang. Kita mengangkat nombor itu pun terus mempromosi barang atau takaful entah apa-apa entah dan kita pula bersetuju dengan tawaran mereka.

Sebenarnya yeop sendiri dah banyak kali kena, sejak tahun 2011 lagi orang tak berkenaan asyik telefon terutama kepala nombor 03-xxxx xxxx dan yeop terus berhenti melayan mereka sejak awal tahun 2015. Sebab-sebab yeop malas nak melayan mereka adalah:

1. Membuang masa – Apabila kita mengangkat panggilan mereka, kita seperti bersedia untuk mendengar celoteh ayat-ayat cinta dari mereka dan bayangkan mereka telefon pada waktu bekerja! Ish apakah? Akhirnya kerja yeop tertangguh sampai 30-40 minit kemudian.

2. Mana dapat nombor kita sebenarnya? – Kita selalu tertanya-tanya, mana dapat nombor kita sedangkan hanya bank atau syarikat telco yang ‘menjaga hati’ pengguna kononnya, akhirnya mereka menjual nombor dan maklumat peribadi kita kepada pihak ketiga.

3. Pelik bila pihak ketiga telefon secara tiba-tiba – Pernah beberapa kali yeop mendapat panggilan dari 03-xxxx xxxx kononnya dari Telekom Malaysia, ada juga jual insurans dari Maybank kononnya menawarkan sesuatu atas penghargaan kepada pengguna seperti kita menawarkan harga tertentu dengan pakej tertentu. Jadi, apabila kita bersetuju dengan tawaran mereka menandakan kita ditipu bulat-bulat oleh mereka. Jadi yeop pelik jugak, apahal pula mereka kol kita kenapa tak kol orang yang gaji besar ke apa ke… Ada jugak dapat panggilan dari pengutip hutang yang tak dikenali di luar tapi dikenali di google search.

Sekarang ini, yeop syor sangat bahawa jangan layan mereka yang selalu mereka kol dari nombor tak dikenali. Jangan jadi mangsa mereka sudah.

Aplikasi Kesan Nombor Telemarketer di Malaysia

 

Kemaskini 17 September 2017

Anda boleh mencari dan menyekat nombor yang tidak dikenali hanya menggunakan aplikasi TrueCaller atau Telegram.

Developed by True Software Scandinavia AB, Truecaller finds contact details globally given name or telephone number, and has an integrated caller ID service to achieve call-blocking functionality and social media integration to keep the phonebook up-to-date with pictures and birthdays.

The service is a global telephone directory and reverse directory that has caller ID, social media integration and call-blocking functionality. It uses crowdsourced data, which enables it to work even in countries such as the UK and India where public data is not available.

Muat turun aplikasi Truecaller di Apple App Store, Google Play Store dan Microsoft Store.

Robot Telegram : Penipu Online

Dengan robot ni kita boleh semak nombor telefon dan nombor akaun bank yang pernah dibuat laporan.

Cara-cara

1. PM robot ni di https://t.me/PenipuOnlineBot

2. Klik “start”

Untuk carian nombor telefon

/notel 0149167743

Untuk carian nombor akaun bank

/akaun 1313929000008777

Untuk bantuan taip /help

Kesimpulan

Anda boleh elakkan dari mereka yang mengganggu emosi kita (terutama wanita yang terpedaya) kerana sekali anda terima persetujuan ini, anda akan menyesal seumur hidup.

Jadi, dengan tips aplikasi ini, anda boleh mengesan siapa yang memanggil anda dan berurusan dengan anda. Sebelum berurusan pembelian secara online, semak dahulu nombor telefon & nombor akaun bank penjual.

31 thoughts on “Aplikasi Kesan Nombor Telemarketer di Malaysia

  1. Husna

    Saya nak tahu no ni (0392121594) datangnya dari mana sebab selalu sangat call saya tapi saya tak angkat dan ada lagi satu no (+442039664084). Tolong check sebab hampir setiap hari call saya.

    Reply
  2. mohd

    03-2075 0788

    ~claiming as a BSN INSURANCE from kuala lumpur
    ~Aggresive, he and she force me to accept their terms 3/4 times until she finaly just hang-up the phone
    ~happen today on 1453hrs
    ~please be carefull

    Reply
  3. Nash

    +376268899

    This number +376268899 is actually the infamous scam number +603-76268899. they will use machine voice saying you have defaulted payments for a loan with some banks (usually Hong Leong) amounting RM 3k ++, if you like to speak to an officer , press “9”. If you press 9 you’ll be talking to someone who claimed to be a bank officer. once you explained that you no not have any loan with their bank they will say that this is a case of someone using your ID to make a loan, and connect you with the central bank (Bank Negara) and/or the police. Then another scammer will claim to be police or bank negara officer, advise you to transfer all you money into a single account, and they will find ways to have online access to that account. in minutes, the money will disappear.

    Reply
  4. alex

    this morning, i received call that claimed from KL INCOME TAX 03-7713-7188, then i said, my income tax done at Penang, again called by number of 03-2024-6688. please aware both numbers.

    Reply
    1. David

      Today i received a miss call from 03-77137188. As you said it’s fishy. I called to the official LHDN careline 1-800-88-5436 to check on this number (03-77137188), and the lady told me this number 03-77137188 is actually one of their ext phone numbers too.

      Reply
  5. As

    Sabar je la bila mereka call. Tapi terfikir juga, mereka mencari rezeki.

    Reply
  6. anti-tele

    ayat2 manis telemarkerter,

    plan ni exclusive utk encik je, encik orang2 terpilih “wahhh terpedaya skit heheh”

    jgn nak kesian la, tele markerter bt duit lebih banyk dri org2 yg dorg kol kunun2 nak bantu tu.

    Reply
  7. abam kie

    abam kie terus cakap tgh mandi ni…dan suruh mrka call lain kali. sebetulnya abam kie block no tel tu. kan skrg dah ada mcm2 program di android?

    Reply
  8. Sia

    03-76260211 DAN 03-7661 9411 – AXA-AFFIN INSURANCE TELEMARKETER. call pada 12.03.2016

    Reply
  9. hairanianje

    Sy pernah terkena gan ace jerneh insuran ni..ni gara2 maxis la…dan skrg sy telah kosongkn akaun maybank sy..dan tiada lg memotong kredit di dlm akaun sy..

    Reply
  10. sensasi2020

    Masya Allah… byknya yang akan menipu kita semua jika tidak berhati-hati. Moga tidak terkena tipu dengan dorang yang menggunakan telemarketer ni…,

    Reply
  11. debtdash

    03-2050-7565 (Maybank telemarketer) is supposed to confirm with me re: a transaction cost hundreds RM today. If this no. is blocked then one may loss some notifications from Maybank.

    Reply
  12. chiro

    Hai? saya pernah berkerja sbg seorang telemarketer dgn TM utk tawarkan insurans utk pengguna yg terpilih (yg baru sahaja upgrade unifi atau streamyx) maklumat pengguna semua adalah dilindungi oleh akta PDPA . apa yg saya cuba sampaikan adalah. Setengah panggilan tu adalah benar2 dr seorang telesales professional yg terpaksa kerja 7 ke 9 jam sehari seperti org lain. Ramai juga yg dah bekeluarga dan punyai anak utk dibesarkan. Mereka bersusah payah utk yakinkan pengguna dgn produk mereka. Bukan satu kerja yg senang malah penuh dgn tekanan. Saya mewakili semua telesales yang ORIGINAL lah , kami hanya mencari rezeki seperti org lain, seperti org biasa. jadi jgn terlalu benci dgn kami.

    Reply
    1. zee

      Kebiasaannya orang akan mengelak perkara yang tidak selamat. Tele-Marketing harus beralih ke saluran yang dapat sambutan kepercayaan pengguna. Zaman Tele-Marketing sudah mempunyai bnyak ruang dan kebocoran. Kami tidak boleh melihat, tetapi hanya mendengar. Sedangkan urusan Muamalah ‘urusan jual beli’ haruslah perlu yakin dan nampak pada zahirnya serta jelas dan bebas dari unsur penipuan. Walaupon Tele-Marketer tidak tipu, tetapi akibat daripada saluran Tele-Marketing tidak lagi mempunyai lapisan security, dan sering terdedah kepada kebocoran dan personal data mining, jadi sebagai pengguna sudah tentu mereka pasti jauhkan diri daripada risiko tersebut.

      Reply
  13. reezluv

    dlu aku taktau…tapi setelah aku google number tu, baru keluar, siapa yang kol..ehehe..kkdg ada juga client yang kol guna telefon opis..memang tak angkat le..

    Reply
  14. kerja sendiri

    saya pernah terkena panggilan “spam” insuran, bila saya tanya dia mana dapat nombor saya, dia jawab dari teknik marketing. Malas nak layan!

    Reply
  15. dermansaigudin

    Tadi 09:58 am(19.03.2015)
    saya telah dihubungi oleh no. 03-2724-7300 yang menyatakan dari pihak program producer dari kuala lumpur dan menawarkan peluang yang sangat bagus dan lain-lain..
    minta pencerahan…

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      Mengikut rekod nombor telefon yang encik beri tadi, nombor ini hanya menipu encik. Encik boleh rujuk di WhoCallsMe.com

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *