Ayamas Kitchen Pastes and Sauce Bloggers Party

By | September 6, 2017

Follow my blog with Bloglovin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebiasaannya, kita sering melihat jenama Ayamas pada nuget ayam atau ayam sebenar. Mereka juga mempunyai kedainya sendiri, iaitu Kedai Ayamas.

Kali ini, mereka melancarkan perencah masakan untuk menambahkan rasa dan kelainan pada masakan harian anda.

Pada 26 Ogos lepas, yeop dijemput untuk menghadiri parti blogger Ayamas Kitchen Pastes and Sauce bertempat di QSR Trading Test Kitchen, Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Apa yang menarik di sana adalah masakan yang mereka sediakan menggunakan perencah yang mereka sediakan.

Mengenai Pes dan Sos Segera Ayamas Kitchen

Dengan tagline ” Lebih Daripada Hanya Ayam “, Kedai Ayamas melancarkan aneka pes dan sos segera melalui jenama Ayamas Kitchen. Anda boleh mengubah hidangan ayam kepada pelbagai jenis masakan Melayu, dari masakan Tradisional seperti rendang, kepada sajian enak Kurma hingga ke masakan Masak Merah yang memukau selera.

Padat dengan campuran rempah-rempah asli, anda boleh masak dengan “Cepat, Mudah dan Lazat” dengan tambahan air, stok atau santan, hirisan bawang, kentang atau tomato cincang untuk menghasilkan kuah yang lazat untuk ayam, daging dan masakan laut hanya 30 minit sahaja.

Anda akan merasai masakan yang penuh dengan berempah hanya di rumah sahaja. Tak perlu anda balik kampung semata-mata merasai masakan kampung.

Selain itu, Ayamas Kitchen memperkenalkan serbuk stok ayamnya untuk menaikkan lagi rasa hidangan itu.

Yeop dapat merasai masakan mereka dengan menggunakan perencah segera Kedai Ayamas seperti Pes Masak Merah, Rendang dan Kurma. Rasanya sangat enak, yeop sangat gembira kerana dapat merasai masakan seperti di rumah.

Anda boleh mendapatkan pes segera Rendang, Kurma dan Masak Merah Ayamas Kitchen dijual dengan harga RM2.80 setiap paket (100gm) di semua Kedai-Kedai Ayamas seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.kedaiayamas.my atau Halaman (Page) Facebook Kedai Ayamas – Ayamas Roasters.

Follow my blog with Bloglovin

2 thoughts on “Ayamas Kitchen Pastes and Sauce Bloggers Party

  1. Khir Khalid

    Sekarang lebih mudah nak masak dgn paste Ayaman Kitchen ni. Saya paling suka paste rendang dia.. mmg sedap… best 🙂

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *