Bagaimana Hendak Mendidik Anak Mengikut Agama Islam

By | April 6, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

anaksoleh

Anak adalah anugerah dari Allah kepada pasangan yang telah bernikah. Anak juga adalah ujian pertama untuk ibu bapa untuk mendidik untuk jadi apa yang mereka perlukan.

Jadi, sebagai umat Islam akhir zaman, kita sering lihat apa yang berlaku kepada anak mereka, sedangkan siapa yang mendidik mereka selama ini? Bukan guru, bukan ustazah, bukan ustaz tetapi ibu bapa sendiri.

Jadi, yeop menulis untuk memberitahu kepada semua secara mendalam atau memahami bagaimana hendak mendidik anak-anak kita untuk menjadi lebih menghormati ibu bapa.

Insya-Allah.

*****

Didik Anak Cara Islam

TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

*****

Ambil nota untuk diri sendiri juga. Bukan yeop nak kata tidak kepada ayah yeop dulu, cuma biasalah anak sulung kan. Apa nak buat kan.

Sekian, wassalam.

6 thoughts on “Bagaimana Hendak Mendidik Anak Mengikut Agama Islam

  1. Ainaa Roseberry

    Perkongsian yang bagus.. walaupun ena belum ada anak lagi, tapi ini sebagai salah satu ilmu yg bermanfaat untuk diri ena pada akan datang.. terima kasih.. anak2 itu amanah dari Allah kpd kita

    Reply
  2. wafi

    Perkongsian yang baik yeop. Semoga yeop dapat menjadi bapa yang mithali nanti

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *