Bagaimana Hendak Mengurus Tekanan Melampau Di Pejabat?

By | April 3, 2016

BAGAIMANA NAK URUS TEKANAN MELAMPAU DI PEJABAT?

stres-di-pejabat

1. Mengalami tekanan kerja adalah satu kebiasaan lazim di pejabat. Namun, jika tekanan kerja anda mencapai satu tahap yang menjejaskan kesihatan anda, anda perlu segera menanganinya.

2. Salah satu petanda bahawa anda sedang mengalami tekanan kerja yang melampau adalah, degup jantung anda bergerak pantas, anda takut untuk pergi kerja, pernafasan anda terganggu, mengalami rasa lenguh atau kurang selesa pada belakang tengkok anda dan banyak lagi.

3. Anda boleh juga merujuk mereka yang lebih professional tentang kesihatan pekerjaan untuk mengetahui lebih banyak tanda-tanda anda sedang mengalami tekanan kerja yang melampau.

4. Jika anda berterusan mengalami tekanan ini, anda sudah pasti tidak dapat menjalankan kerja dengan lebih efficient lagi.Oleh itu, anda perlu atasi segera sebelum ia lebih menjejaskan lagi kesihatan anda.

5. Pertama sekali, kenalpasti apakah yang mengakibatkan anda rasa tertekan yang melampau. Adakah kerja anda semakin bertambah pada kadar yang sangat tinggi? Adakah kerja-kerja yang anda lakukan sekarang adalah kerja-kerja pihak lain yang anda terpaksa tanggung tanpa bayaran tambahan? Adakah kerana anda dipulaukan di pejabat? dan banyak lagi.

6. Setelah anda kenalpasti punca yang menyebabkan anda begitu tertekan, berjumpalah dengan penyelia anda untuk berbincang jika ia melibatkan tekanan kerja yang terlalu banyak. Jika ia melibatkan politik pejabat seperti dipulaukan, cari rakan untuk anda berkongsi perasaan atau berjumpa dengan bos anda untuk minta pendapat mereka.

7. Jangan diamkan diri. Itu bermakna anda membiarkan sebuah meriam untuk diletupkan pada bila-bila masa sahaja. Kebijaksanaan menurun jika emosi anda meningkat. Jadi, cuba kawal emosi anda supaya anda dapat berfikir dengan tenang dan waras untuk mencari jalan penyelesaian.

8. Jika ia memerlukan anda bertukar ke Jabatan lain, minta pandangan bos anda untuk pertimbangkan perkara itu. Jika kerja telalu banyak, bincang bersama bos anda untuk mengagihkan kerja tersebut kepada pihak lain sama rata. Anda tak beritahu, bos anda tak tahu.

9. Antara lain punca menyebabkan anda dalam tekanan yang hebat di tempat kerja adalah berkemungkinan anda mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan baik sesama rakan pejabat atau dengan bos anda. Oleh itu, banyakkan bahan bacaan tentang komunikasi dan ilmu tentang menaikkan motivasi diri anda.

10. Sebagai rumusan akhir, anda perlu mengenalpasti apa punca tekanan anda —> Bawa kepada perbincangan —> Mohon pertimbangkan cadangan anda —> Ambil tindakan. Kami doakan anda sentiasa happy di tempat kerja kerana di situlah punca anda mencari rezeki untuk diri dan keluarga anda. Be Happy! 🙂

Sumber dari Facebook Tim InfoKerjaya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *