Bagaimana Hendak Padam Akaun Facebook?

By | April 3, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

delete-your-facebook-account

Tahukah anda selain dinyahaktifkan akaun Facebook, anda juga boleh memadam akaun anda secara kekal.

Ya betul tu.

Kenapa anda ingin padam akaun Facebook?

  1. Banyak sangat akaun Facebook, sampai lupa apa emel dan kata laluan kita
  2. Banyak sangat peninjau dari jauh meninjau akaun kita
  3. Malas sangat nak menjaganya
  4. Diancam oleh pihak tertentu seperti ugutan, kaki buli siber dan lain-lain

Jadi, bagaimana hendak mulakan?

Langkah Pertama.

Pergi ke link Padam Akaun Facebook <– Klik di situ

Langkah Kedua.

Ia akan keluar seperti di bawah ini.

padam-facebook

Sebelum itu, jika anda ingin memuat turun data peribadi Facebook anda boleh ikut cara seperti ini:

You can download your information from your settings. To download your information:

  1. Click at the top right of any Facebook page and select Settings

  2. Click Download a copy of your Facebook data below your General Account Settings

  3. Click Start My Archive

     

Setelah anda memuat turun data anda, bolehlah klik ke “Hapus Akaun Saya

Langkah Ketiga

Ia akan meminta kata laluan sedia ada dan pengesahan bergambar, seperti di bawah. Ia adalah contoh, mungkin ada perubahan pada arahan dari Facebook.

password-photos-facebook password-photos-facebook-2

Setelah klik gambar, klik OK saja.

Langkah Keempat

Anda telah selesai. Ia akan mengambil masa selama 14 hari untuk memadam sepenuhnya. Jika anda ingin mengembalikan akaun anda, anda hanya perlu login saja.

akaun-dipadam-selamanya

Facebook akan sentiasa kemaskini dari masa ke semasa. Jadi ini adalah terkini untuk memadam akaun Facebook anda secara kekal.

2 thoughts on “Bagaimana Hendak Padam Akaun Facebook?

  1. mrhanafi

    setakat ini belum ada niat lagi nak padam akaun FB…tak banyak pun..ada dua je.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *