Bagaimana Nak Kenal Rakan Kita Masuk MLM?

By | Oktober 17, 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bagaimana Nak Kenal Rakan Kita Masuk MLM? – Yap, pertanyaan ini memang bakal menyakitkan hati pengamal Multi Level Marketing (MLM) atau yeop panggil sebagai kerja MaLaM.

Tapi cara inilah yeop perlu buat agar membantu orang lain tidak terjebak dengan gejala ‘kurang sihat’ (bukan tidak sihat ya..) di kalangan orang-orang Islam, terutama bangsa Melayu.

Apa Itu MLM?

Anda mesti tahu apa itu MLM. Tapi yeop pernah jelaskan di entri yeop yang lepas. Yeop pernah juga menanyakan kepada rakan-rakan niaga melalui entri lepas jugak. Dan jugak dikaitkan MLM dengan bisnes ONEXOX yang yeop sedang berjalan sekarang.

Jadi, yeop tak perlu terangkan apa itu MLM.

Okey, seterusnya.

Bagaimana Nak Kenal Rakan Kita Masuk MLM?

Yeop nak bagitau Bagaimana Nak Kenal Rakan Kita Masuk MLM?

  1. Tiba-tiba dapat panggilan dari kawan rapat ajak keluar¬†– Yap, anda terbiasa mendapat panggilan “hangit” dari kawan sekolah (kebiasaannya) ajak keluar makan. Sedangkan kita jarang berhubung dengan dia. Dan kita sendiri taktau apa niat kawan kita. Kalau dapat orang macam tu, mohon abaikan.
  2. Ditawarkan menaiki kenderaannya – Itu bergantung kepada rakan kita. Kekadang dia ajak naik keretanya. Tup-tup dia bawa kita terus ke dewan untuk dengar “ayat-ayat manis” dari bakal jutawan.
  3. Kereta mewah, pinjam atau beli? – Kalau nampak kawan kita bawa kereta mewah, baik tanya berapa juta Ringgit (bukan Rupiah ya..) dia beli. Kalau dia gagap menjawabnya, bermakna dia hanya pinjam untuk tunjuk (eksyen) saja.
  4. Cakap Besar – Kebiasaanya, cakap besar yang dibawa oleh mereka kekadang tak masuk akal. Mula hang nak buat bisnes kena keluar modal. Bukan berpuluh, bukan beratus, tapi beribu hingga berpuluh ribu Ringgit dia keluar. Pastu tunjuk bukti dia ada orang bawahan (downline) berpuluh-puluh. Hakikatnya, dia perlu “cakap besar” untuk memikat hati bakal orang bawahannya.
  5. Modal yang sangat besar, pastu kena buat pinjaman? – Untuk membuka perniagaan, anda boleh memilih tanpa modal atau modal rendah. Modal rendah yang yeop maksudkan adalah bermula RM90.00 untuk rakan niaga ONEXOX. Tanpa modal selalunya berniaga secara dropship. Tapi dalam kes ini, dia menyuruh keluar modal yang sangat besar. Ada kalanya kena buat pinjaman peribadi untuk “modal perniagaan” ini. Akhirnya, anda kerugian besar kerana modal itu lebur ke tangan orang lain.
  6. Memuja “bakal jutawan” pujaan dia – Itu kena tengok jugak, tapi kebanyakannya pengamal MLM memuja mereka. Tapi bukan maksud yeop memuja sampai menyembah kepada mereka, tapi ibaratkan sebagai “idola” kerana kejayaan menarik pelanggan masuk MLM.
  7. Anda boleh tambah sendiri…

Jadi, anda pun dah tau perlu mengelakkan Rakan Kita untuk menyertai MLM yang belum tentu kaya dan berjaya.

Jika anda mengesan salah satu dari poin yang yeop beritahu, mohon sangat anda elakkan. Dan jangan jadi seperti “seperti pisang berbuah dua kali”.

Kalau yeop, yeop memang anti kepada MLM!

3 thoughts on “Bagaimana Nak Kenal Rakan Kita Masuk MLM?

  1. seri nian

    Bnyk gak yg betul.tp part kete tu x berapa setuju . skrg semua hampir mampu dimiliki.
    Sy pun mlm shaklee. Cuma bezanya langsung x de istilaj goyang kaki…waima mu leader tiptop

    Reply
  2. Hero Borneo

    tak semua orang MLM tak baik..mereka buat promosi dan memperkenal produk dan bisnes..

    orang yang main modal duit bukan MLM sebenarnya ..mereka adalah MGM..money game matter

    cari orang dan dapat duit..itu sahaja yang memberi kecepatan untuk jadi Jutawan

    kejujuran mereka boleh dipertikaikan

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *