Bagaimana Selesaikan Kebocoran Data iPhone

By | Disember 18, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

iphone6-plus

Jika anda pengguna iPhone tidak kisahlah 3GS, 4, 4S, 5, 5C, 5S, 6, 6 Plus, 6S atau 6S Plus akan mengalami kecurian data kouta internet.

Betul, yeop pernah mengalami masalah begini. Walaupun kita dah tutup data dan off iPhone kita masih menarik kouta data kita. Kadang-kadang kecurian data sehingga 20MegaByte (MB) setiap malam. Ia membuat kita stress habis-habisan. Aduh…

Tapi nasib baik Zul Effort bantu yeop bagaimana selesaikan masalah ini.

Mari yeop berkongsi bagaimana kita hendak menjimatkan kouta internet.

  1. Buka data internet untuk aplikasi yang kerap digunakan sahaja. Caranya: Setting > Selular > Pergi Ke Use Data Selular For dan matikan saja aplikasi yg tarik kouta banyak dan jarang digunakan.
  2. Matikan muat turun aplikasi automatik untuk data internet. Caranya: Setting > iTunes & App Store > Matikan Use Data Selular
  3. Matikan juga segar semula data untuk aplikasi. Caranya: Setting > General > Refresh Apps Background > Disable Refresh Apps Background.
  4. Wajib: Matikan Push Notification di Mail. Caranya: Setting > Mail, Contacts, Calendar > Take New Data > Matikan Push.
  5. Matikan juga dalam aplikasi yang menggunakan muat turun automatik di WhatsApp. Caranya: Apps Whatsapp > Setting > Sembang & Panggilan > Muat Turun Automatik Media > Tukarkan Imej Audio dan Video kepada WiFi sahaja.
  6. Facebook pun perlu matikan streaming video automatik. Caranya: buka Facebook > pergi ke 3 line di kanan > Tetapan > Tetapan Akaun > Video dan Foto > Matikan semua muat naik HD pada video dan foto > klik auto main > pilih “Jangan Mainkan Video Secara Automatik”
  7. Jika anda menggunakan YouTube dari data, lupakan saja. Cari saja kedai mamak yg sediakan wifi, pastu bufferinglah sampai habis bateri.
  8. Untuk pengguna iOS9, anda wajib menutup Wi-Fi Assist. Caranya: Setting > Cellular > Skrol sampai jumpa Wi-Fi Assist > Turn Off jika terbuka.
  9. Matikan juga FaceTime. Caranya: Setting > Facetime > Matikan jika terbuka.
  10. Matikan iCloud Drive di Setting. Caranya: Setting > iCloud > iCloud Drive > Matikan jika terbuka.
  11. Dayakan Restriction dan matikan data di dalam bahagian itu. Caranya, Setting > General > Restriction > Enable Restriction > masukkan 4 nombor keselamatan > masukkan sekali lagi 4 nombor keselamatan > Mobile Data Used di Allow Changes > pilih Don’t Allow Changes. Pastikan jangan matikan Restriction dalam ini.
  12. Gunakan hanya untuk 2G saja. Caranya: Setting > Mobile Data > Voice & Data > tick pada 2G. Ia memang jimat gila bak hang tau?

Jika ada tambahan apa-apa, boleh berkongsi idea dan pendapat di komen bawah ini.

16 thoughts on “Bagaimana Selesaikan Kebocoran Data iPhone

    1. Yeop Maz Post author

      biasanya kouta cepat habis seperti dijangka.

      andai tuan punya iPad menggunakan kad sim kelajuan tanpa had, ia berlaku sedemikian.

      Reply
  1. TopSeoFriendly

    Terima kasih Mr Yeop… saya dah buat apa yang kamu kongsikan di artikel ini. Memang sudah tiada lagi kehilangan data walaupun telah ditutup.

    Moga ia memberi banyak manfaat kepada pengguna iphone.

    Reply
  2. saps ibubapa

    betul tu, nak jimat kalau setakat guna whatsapp tu, baik tukar ke 2G punya line..selain jimat data, jimat bateri jugak kan.

    Reply
  3. TopSeoFriendly

    Dah setting semua apa yang diperlukan dan dibolehkan, yang tidak boleh dibiarkan begitu saja. terima kasih Yeop Maz sudi berkongsi tentang kebocoran data iphone. Moga lepas ini tak kehilangan data yang banyak.

    Reply
    1. Yeop Maz Post author

      mula-mula pindahkan semua nombor kontek ke simkad dari henset android. kemudian, di bahagian iphone pula pergi ke setting > Mail, kenalan, kalendar > klik import kenalan SIM.

      ia akan transfer ke icloud & iphone kita.

      nota: pastikan simkad telah dimasukkan dalam port sim iphone.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *