Bahtera Nabi Nuh Kini Berada Di Hong Kong?

By | September 15, 2012

2 orang taikun dari Hong Kong telah membangunkan bahtera tiruan Nabi Nuh, yang dikatakan memiliki saiz dengan skala yang hampir sama dengan ukuran sebenar bahtera Nabi nuh.

Kapal itu turut diisi dengan beberapa ekor haiwan yang jumlahnya masing-masing adalah secara berpasangan. Walaubagaimanapun, semuanay hanyalah diperbuat daripada fiber glass.

Panjang keseluruhan kapal tersebut adalah 450 kaki dengan lebar 75 kaki dan telah siap dibina pada tahun 2009

Kapal ini turut dilengkapi dengan sebuah restoran mewah dan bilik-bilik hotel dengan pemandangan memaukau di tebing sungai yang terbentang lengkap dengan lampu-lampu jambatan yang menyinari tatkala malam menjelma.

Kepada umat islam, baca hanya sekadar menambahkan pengetahuan sahaja, jangan percaya pula, ini bukanlah bahtera Nabi Nuh yang sebenar, hanya replika semata-mata

Sumber: Jom Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *