Bantulah Warga Palestin walau Seringgit

By | November 18, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak kebelakangan ini, aku jarang mendapat berita dari TV1 mengenai serangan zionis Israel terhadap Palestin. Aku baru tau dari page Facebook. Nampak sangat Malaysia bermain politik, mentang-mentanglah Pilihan Raya Umum akan datang bila-bila masa.

Bila aku baca kemaskini dari page Facebook, banyak cerita pasal Palestin. Berita agak baru jugak, masuk tahun baru Hijrah 1434, Israel mula serang Ketua ketenteraan HAMAS dengan mensasarkan keretanya. Semuanya rosak, tapi ajaibnya Al-Quran berkeadaan baik.

Propaganda Israel hanyalah untuk menyelamatkan negara mereka dari diserang Palestin. Aduhai, diorang nie bukan ada apa pun. Nak buat senjata pun taktau, apatah lagi nak serang diorg.

Sekarang, warga Palestin masih menderita disebabkan manusia yang tidak bertanggung jawab ini.
Jomlah kita menderma, walaupun sedikit.
Semua sumber gambar daripada Facebook.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *