Bapa bina robot ‘Bumblebee’ untuk anak

By | Jun 28, 2016

01wang.transformed

WANG bersama Bumblebee bersaiz sebenar ciptaannya.

BEIJING: Seorang bapa di China mungkin layak digelar ‘bapa terbaik’ selepas membina watak robot Bumblebee berdasarkan filem Transformers bersaiz sebenar untuk anak lelakinya. Robot buatan sendiri itu kini berada di laman rumah dan kelihatan seperti bersedia menembak roket dan melawan kejahatan.

Akhbar People’s Daily Online melaporkan, ia bermula apabila Wang Liansheng, seorang jurukimpal dari kampung Jiangsu, barat China membawa anaknya menonton filem Transformers: Age of Extinction pada Ogos 2014. Wang membelikan anaknya patung mainan Transformers kecil namun anaknya mahukan robot lebih besar yang tidak mampu dibelinya.

Wang mengambil serius permintaan anaknya dan mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang bukan semua bapa mampu lakukan, membina replika Bumblebee, robot kuning Transformers dengan tangannya sendiri. Beliau mengumpul barangan buangan kereta daripada kilang tempatan dan pusat kitar semula sebelum memulakan misinya itu yang mengambil masa hampir setahun.

Akhirnya, impian kanak-kanak lelaki yang mahukan watak Transformers bersaiz sebenar menjadi kenyataan. Robot Bumblebee tiga tan berdiri dengan ketinggian lima meter dan lebar tiga meter. Wang kini membina replika bersaiz sebenar Optimus Prime, satu watak fiksyen utama Transformers. Beliau merancang untuk menukar hobinya kepada perniagaan.

“Robot pertama adalah janji kepada anak lelaki saya, robot seterusnya untuk kerjaya saya. Saya bercadang untuk membuka syarikat sendiri dengan tujuh ke lapan pekerja,” katanya dalam temubual kepada akhbar. – AGENSI

Selanjutnya di : Berita Harian

4 thoughts on “Bapa bina robot ‘Bumblebee’ untuk anak

  1. Alongxp

    Anak dia masih nak lagi tu kira ok la… jangan lepas dia dah siap bina, anak dia mintak boleh bergerak macam dalam movie tu sudah.

    Atau lagi teruk, anak dia dah tak minat dah hahahaha

    Reply
  2. mrhanafi

    Tak sangka idea begitu boleh juga digunakan untuk buat duit..

    Reply
  3. Seri nian

    Sebenarnya bumblebee ni jenama sejenis botol storage…
    Berkotak2 sy beli, now keluarkan balik sebab nak sambut baby bulan 12 nanto…heheheh
    Mula2 baca ingat robot drp botol td

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *