Beli Proton Iriz Murah-Murah Jee..

By | Jun 20, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Minat kepada Proton Iriz bermula pada hari pelancarannya tahun 2014 lepas, tapi harganya agak keras berbanding gaji bulanan.

Yeop pendam buat sementara waktu sampai…

Bulan April lepas.

Yeop pergi Expo Auto Proton pada pertengahan bulan April lepas, kononnya nak survey harga. Tapi bila tengok, harganya agak sedikit murah berbanding harga asal. Yelah, model 2017. Lagipun dorang nak habiskan stok lama. (Rajin-rajinlah rujuk Facebook Proton Cars untuk promosi terkini)

Kalau kita tengok kat blog Paultan.org, harga untuk Iriz 1.3 Standard CVT pun melebihi bajet, iaitu RM45,888 termasuk insurans dan pendaftaran plat.

Tapi yeop dapat hanya RM41,000 lengkap insurans dan pendaftaran plat. Dorang potong harga lebih kurang RM4888 atau 10 persen.

Yeop ambil model lama berbanding model baru sebab harga pun lebih kurang je, spesifikasi sama cuma mereka repair balik pada mounting enjin. Harga pun sama mahal, lebih baik ambil model lama.

Proses pun dalam 3 minggu dari Public Bank, dapat pinjam RM39,700 dan belen tu topap sendiri. Bayaran bulanan RM478 selama 9 tahun.

Kira okeylah berbanding ambil Honda City dengan bulanan lebih RM700.

Yeop berurusan dengan Dealer Proton, Mr Jega. Yeop mudah berurusan dengan beliau sebab tidak memilih bangsa atau pangkat, asalkan ada kustomer beliau melayan sampai kita memiliki sebuah Proton.

Hubungi beliau melalui Whatsapp www.wasap.my/60123174398 dan mention nama Mazri.

Sebab apa yeop pilih Proton Iriz?

Sebenarnya banyak sebab yeop pilih Proton Iriz berbanding Perodua Myvi atau Honda Jazz.

  1. Proton Iriz mempunyai badan yang tegap dan besar. Sama macam bawa Myvi dan Jazz, badan dia terlalu besar dan sedap. Sesuai dengan jiwa anak muda katanya, yeop suka badan macam tu.
  2. Ia mempunyai struktur badan kereta yang teguh, dikenali sebagai Hot Press Forming (HPF) yang dibawa dari Jerman untuk Proton Iriz. Jika berlaku kemalangan teruk mana pun, nyawa pemandu dan penumpang selamat. Sekiranya berlaku kemalangan, Proton IRIZ secara automatik akan membuka kunci semua pintu untuk pintu kecemasan. Semua 5 kerusi datang dengan 3 mata tali pinggang keledar untuk perlindungan yang lebih baik. Di samping itu, penunjuk tuju ISOFIX dimasukkan untuk menjangkakan kemasukan ke dalam pasaran global.
  3. Semua model Proton Iriz mempunyai alat keselamatan terkini seperti VDC (Kawalan Kenderaan Dinamik) yang terdiri daripada ESC, TCS, ABS + EBD, BA dan “Hill Assist”. Ujian pelanggaran dari ASEAN NCAP diberi 5/5 stars (pertama di Malaysia untuk jenama Malaysia).
  4. Apa yang lebih menarik, model ni sebenarnya lebih murah berbanding Myvi dan Jazz. Dengan alat keselamatan yang agak patut ada, berbaloilah kepada mereka yang menginginkan kereta kontot tapi pikirkan keselamatan.
  5. Buka bonet belakang pun tak perlu kunci, ada punat buka dan muat 3 beg besar atau 3 beg toto + bantal.
  6. Minyak untuk satu tangki (40 liter) boleh bawa sehingga 520km jaraknya. Lebih kurang anda bawa Perodua Viva (36 liter)
  7. Yeop ni seorang yang suka berjimat tapi boros (cemana tu.. hahaha) tapi lebih mementingkan keselamatan diri dan keluarga, pada masa sama yeop suka bergaya. Jadi, Proton Iriz sangat sesuai dengan karakter yeop ni.

Jadi, yeop dah memiliki sebuah Iriz. Lagipun Proton dah makin bagus dari segi keselamatan pemandu dan penumpang secara keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Iriz dan model-model Proton, hubungi Mr. Jega (Dealer Proton) melalui Whatsapp

www.wasap.my/60123174398 dan mention nama Mazri.

Rujukan : Wikipedia Bahasa Melayu

3 thoughts on “Beli Proton Iriz Murah-Murah Jee..

  1. Pisyek

    Tahniah sebab da dapat kete baru.

    Kete Pisyek je tak tau lagi bila nak keluar.

    No plat je yang dah keluar dah.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *