Jom Berbuka Puasa di Hotel De Palma Kuala Selangor

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bulan Ramadhan kali ini semestinya ada menjual juadah berbuka puasa di sekitar anda. Mengunjungi ke Bazar Ramadhan adalah satu kemestian setiap kali memasuki bulan puasa.

Tidak ketinggalan juga hotel-hotel terkemuka menyediakan bufet berbuka puasa. Tapi mesti anda nak cari harga yang berpatutan, dengan juadah yang pelbagai ada.

Tahukah anda, Hotel DePalma Kuala Selangor menyediakan juadah berbuka puasa dengan harga RM49.90 sahaja?

Dengan nilai ini, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan pelbagai makanan yang mengenyangkan anda.

Daging Kawah dengan rempah-rempahnya

Selain itu, anda akan didendangkan oleh penyanyi Division dan Kumpulan Yaseen Akustik Band semasa anda menjamah makanan di sana.

Selain itu, juadah berbuka puasa yang paling popular adalah daging kambing bakar yang disediakan oleh chef-chef. Dengan kuah rempah, mesti anda terliur nak makan..

Daging Kambing Bakar tu… Sapa mau?

Selain itu, ada juga makanan citarasa Malaysia dan Barat, seperti Roti John, Abc, Ice cream, Pasta stall, Yong tau fu, Noodles stall, Pasembor, Roti jala (menu wajib), Nasi ayam, Roti canai stall, Indian stall (puri), Asam Pedas daging, Ayam Bakar Wak Menong, Ikan Bakar, Aneka Puding & Jeli, Aneka kek & Aneka Buah-buahan, Char Kuey Teow, Kambing Bakar Golek – rosted whole lamb, dan Goreng2 panas (pisang, keladi, keledek) serta Spageti Goreng.

Makanan utama yang disediakan oleh mereka adalah Nasi putih, Nasi tomato, Ayam masak merah, Ikan pari asam nyonya, Kambing varuval, Aneka kerabu, Bubur, Sotong goreng kunyit, Kacang bunjis tumis udang dan Pucuk meranti masak lemak.

Untuk minuman pula, mereka menyediakan teh dan kopi, minuman pelbagai rasa dan cendol.

Senarai Harga Buffet

De Palma Kuala Selangor
Dewasa : RM 49.90
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM25.00
5 tahun ke bawah percuma.

Untuk mendapat diskaun 10% sila nyatakan Kod Diskaun : Blog YeopMaz.com dan layak untuk semua Hotel De Palma.

Untuk tempahan boleh berbuat di http://www.depalmahotelonline.com/

Content Protection by DMCA.com

2 comments on “Jom Berbuka Puasa di Hotel De Palma Kuala SelangorAdd yours →

  1. Dia punya Kambing Golek Herba dan Ayam Bakar Wak Menong memang terbaik. Di tambah teh tarik memang terbaik. Nak tahu tak 6 Tip Penulisan dan Kreativiti Dalam Blog? Kalau nak tahu klik pada nama saya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *