Berhati-hati dengan Mesej Spam dan Cara Lapor Mesej Kepada Facebook

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

fb-messenger

Semalam yeop dapat mesej dari orang yang tak dikenali, entah pelik kenapa tetiba mesej yeop sedangkan kami tak pernah kenal antara satu sama lain.

Yeop tak padam namanya supaya anda takkan terkena dengan dia.
Yeop tak padam namanya supaya anda takkan terkena dengan dia.

Bila melihat mesej di atas, ayat-ayat tu pernah yeop baca tetapi di mana entahlah. Ayatnya dalam Bahasa Melayu seperti begini:

Terima kasih kerana memberikan respons kepada pesanan saya “Salam”, sayameneka anda sepatutnya benar-benar mengenal siapa i. Nama saya ialah ZainaAbdul Karim, saya diadunkan bapa, my Malaysia ialah Malaysia dan emak saya dari England. London menjadi tepat…Saya tahu kata-kata Melayu sangat sedikit…i lol dilahirkan di sini dalam pusat London dan tidak pernah pergi Malaysia. Saya guru IT buat masa ini bekerja dengan Hewlett Packard, i menikmati apa yang i buat tetapi disebabkan oleh Muslim jalan dirawat atas di sini sebab itu i mahu sampai keMalaysia, ayah saya lewat dan ia dia permintaan akhir yang seorang daripada kamidatang dan hidup di Malaysia dan i mahu bermula cabaran itu sebagai anak sulung. I baik hanya mempunyai seorang adik perempuan yang pada masa ini belajar dalamnegara bersatu,
i tidak bermaksud menyebabkan sebarang masalah di dalam keluarga anda tetapi ifikir i akan gemar mengetahui lebih banyak tentang anda supaya anda boleh membantu saya menyesuaikan diri apabila i datang ke Malaysia. Saya berharap untuk mendengar dari anda tidak lama lagi.

Selamat Tinggal
Zaina

Bila menyelidik semula ayat-ayat ini, yeop pasti ia adalah scammer online sebab ayat itu sangat pelik. Ayat tu seperti main kopi pasta, cuma ubah nama profil menggunakan nama dan gambar dari mana entah. Dia pernah menetap di Sabah tapi ayatnya seperti dia tak pernah ke Malaysia. Cemana tu?

Tak caya, di bawah adalah profilnya.

Profil Facebook: https://www.facebook.com/abu.bamidele
Profil Facebook: https://www.facebook.com/abu.bamidele

Perkara ini adalah pertama kali dalam hidup yeop mendapat mesej dari orang tak dikenali. Jadinya, yeop lapor saja ke Facebook untuk tindakan selanjutnya.

Cara-cara untuk melaporkan mesej ini kepada Facebook:

1. Pergi ke mesej, klik mesej profilnya. Klik pada butang Gear (Tindakan)

repot-fb-mesej

2. Klik ke Repot Spam or Abuse.

repot-fb-mesej2

 

3. Anda boleh klik mana-mana antara 3 perkara jika bersesuaian dengan laporan anda. Dalam kes yeop sekarang ni, yeop pilih nombor 3 iaitu Report conversation participant(s) for harassing or threatening me, kemudian klik OK.

repot-fb-mesej3

 

4. Ia akan keluar profil yang kita ingin lapor, dan klik Lapor.

repot-fb-mesej4

 

5. Anda wajib klik antara 3 laporan di bawah ini. Dalam kes ini, yeop pilih Daripada akaun palsu dan klik teruskan.

repot-fb-mesej5

 

6. Anda telah selesai melaporkan kepada Facebook.

repot-fb-mesej6

Jadilah pengguna bijak, gunakan medium ini untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain juga. Jangan terjebak kepada perkara ini. Sekian saja, Wassalam.

Content Protection by DMCA.com

7 comments on “Berhati-hati dengan Mesej Spam dan Cara Lapor Mesej Kepada FacebookAdd yours →

  1. Salam Yeop…. saya pernah dapat mesej macam ini tetapi biarkan saja kat situ tak buat apa-apa pun. Nak report satu masalah juga nak klik tu dan klik ni. Apapun satu tindakan yang bijak dari Yeop. Semoga tiada lagi mesej seperti itu dihantar kat Yeop.

    1. sebab utama yeop repot adalah dia telah mengganggu kehidupan yeop. kalau dibiarkan saja jenuh sakit kepala dan hati. itulah cara terakhir sebenarnya, diharap dia tak mengganggu yeop lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *