Berhati-Hati Dengan Nombor Dari Belarus dan Latvia

By | Februari 28, 2013

PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates).

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

kemaskini 11.55mlm: aku dapat miskol dariĀ +37091091265 ke nombor maxis.

aku dah amek tindakan selanjutnya, iaitu menghapuskan nombor tersebut dlm henpon aku.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *