Berhenti Menyebarkan Cerita Palsu

By | Julai 19, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penulis Sebenar

Penulis Sebenar

Dunia teknologi dan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog mengambil tempat selepas akhbar-akhbar yang berada di pasaran kini. Ada kebaikan di sebalik pengambilalihan tersebut, tapi ada juga manusia yang menyebarkan cerita palsu seperti kematian, penipuan dan terkini, puisi yang diambil dari orang lain tanpa kebenaran.

Mohon semua membacanya di bawah ini

Puisi keluhan isteri kononnya dari Dayana Lokman isteri Ashraf Muslim tu adalah FAKE.

Bukan tulisan si isteri. Tapi, orang lain.

So, pleaselah stop sebar benda palsu.

Si isteri masih lagi menjaga tugas dia dengan baik menjaga maruah si suami.

Jangan kita pula mengambil tugas mencerai-beraikan rumahtangga orang dengan memberikan pandangan emosi dan komen bukan-bukan. Toksah kisahlah dia nak kahwin dua ke tiga ke empat ke. Rumahtangga mereka. Kekesalan dari pihak keluarga sebab tak maklumkan dah berkahwin tu pun boleh diselesaikan dalam keluarga mereka sendiri.

Kita buat peringatan pada diri sendiri sahaja dah. Jaga rumahtangga kita.
Si suami jika nak kahwin lagi, inform pada isteri dan keluarga. Isteri pula tidak boleh luah kesedihan pada tempat yang salah seperti di public, media massa, bukan keluarga dan sesuka hati. Rujuk pada wakil keluarga masing-masing, pegawai syariah, pejabat kadi dan akhirnya mahkamah syariah.

Janganlah kita sibuk nak menjadi peguambela dan pendakwaraya untuk kes rumahtangga mereka.

Tanyalah diri sendiri,

“Hei, sejak bila aku jadi wartawan or paparazi gosip rumahtangga orang?”

“Ini kan bulan Ramadhan, seronok tak mengumpat hal laki bini orang? Kritik isteri orang, kritik laki orang. Why tak kritik diri sendiri yang kurang iman?”

Kalau minat gosip2 artis sangat, buat blog, buat page. Senang dan pantas sikit menabung dosa. Penuh tabung, boleh masuk neraka.

Nauzubillah.

Mari kembali ke trek asal.
Jalan lurus.
Ihdinassirootholmustaqim.

Bertaubatlah, berhenti menyebarkan cerita yang memalukan diri sendiri dan orang lain. Dahlah bulan puasa, raya jenuh kena mohon maaf (kalau dia sedarlah…)

Nota: Blog ini bebas daripada cerita palsu yang memalukan mereka.

16 thoughts on “Berhenti Menyebarkan Cerita Palsu

  1. Kujie

    Kak jie memang mengelak untuk terlibat – bsgi pendapat atau share. Takut taak tertanggung bebannya di akhirat.

    Baca komen yg ada disini pun…alahai… sama juga dok mengata tanpa sedar.

    Reply
  2. Alin Marlini

    tipu rupanya…memang dunia teknologi selalu memsongkan org

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      kalau ikutkan hati memang nak berkongsi, tapi biarlah mereka selesaikan sendiri. apapun berfikir secara matang, jangan cepat melatah.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *