Berjimat dengan TuneTalk Unlimited Passes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeop masih ingat lagi dengan telco U Mobile yang menawarkan Internet Tanpa Had hanya RM30/bulan.

Tapi biasalah, tak semua benda tu kekal. Kelajuan dia dihadkan kepada 3Mbps untuk semua apps termasuk YouTube, Joox dan Spotify. Tak dapatlah nak streaming dengan kualiti tinggi.

Tapi yeop ada jumpa satu telco yang bersaing dengan Onexox, Altel, Celcom dan Digi, iaitu TuneTalk (bukan ToneExcel ya..)

Mereka menawarkan pelan Internet 6GB serendah RM28. Tapi bukan itu saja, mereka pakejkan sekali dengan Sosial dan Chat Tanpa Had (UNLIMITED SPEED & QUOTA) dan panggilan tanpa had dari TuneTalk ke TuneTalk.

Bagi yeop, amat berbaloi dengan harga bawah RM30 dengan kouta dan kelajuan internet yang diterima. Yeop sendiri mencubanya sejak dua bulan lepas, dan yeop mendapat keputusan yang baik dan berpuas hati dengan telco ini.

Dengan kouta yang diberi sebegini, yeop sangat berpuas hati sebab yeop memang guna Facebook, Instagram dan WhatsApp dalam sebulan. Dengan pakej sebegini, yeop tak perlu risau dengan kouta habis disebabkan penggunaan Facebook dan WhatsApp.

Ni pakej RM28/bulan (6GB + Unlimited Chat + Unlimited Social + Unlimited Call TuneTalk-TuneTalk

Yap, yeop mengesyorkan guna TuneTalk kalau nak jimat-jimat gila pada kouta Internet, tapi kalau unlimited call ke semua talian
+ unlimited music boleh pilih RM48/bulan.

Selain itu, mereka juga menawarkan pakej harian serendah RM1 disertakan panggilan tanpa had ke TuneTalk.

Anda juga boleh melanggan Sosial Tanpa Had, Chat Tanpa Had atau Muzik tanpa had hanya RM1/hari.

Jadi, apa pilihan anda? Untuk menempah simkad TuneTalk, muat turun saja aplikasi TuneTalk di Google Play Store dan Apple App Store sekarang.


Nota : Pelan lama TuneTalk tidak termasuk dalam pakej baharu yang dinyatakan.

2 thoughts on “Berjimat dengan TuneTalk Unlimited Passes

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *