Bersantai Sambil Nikmati BBQ di Royale Chulan Bukit Bintang

By | Januari 2, 2019

Dengan harga RM88.00 seorang, anda boleh makan sepuas-puasnya di tepi kolam sambil rileks melayan hujung minggu bersama rakan dan tersayang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasanya nak masuk hujung minggu mesti ada aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada yang melepak di kedai mamak, mekdi pun ada.

Tapi sesetengah orang perlukan ruang persendirian untuk sambutan hari lahir atau bersembang santai setelah bertungkus-lumus bekerja sepanjang minggu.

Yeop mengajak anda lepak di Royale Chulan Bukit Bintang, sambil-sambil menikmati makanan BBQ di tepi kolam mandi.

Bermula jam 7.00 malam sampai 10.00 malam, anda boleh menikmati sambil beristirehat di tepi kolam (tapi tak boleh mandi ya) sambil melayan perasaan yang duka lara, kot-kotlah terputus cinta atau tunang ke.. (opss, maaf ya kalau terasa)

Selain itu, anda boleh menikmati makanan dan minuman panas seperti nasi goreng, mee goreng, selain itu spageti dan makanan laut.

Tanda harga RM88.00* untuk dewasa, RM44.00* untuk kanak-kanak dan remaja hingga 18 tahun serta RM60.00* untuk bilik tetamu dewasa, kiranya berbaloilah kepada mereka yang inginkan bersantai dan menikmati makanan laut yang dibakar oleh chef-chef.

Dibuka pada hari Jumaat sahaja, anda boleh menempahnya melalui panggilan 03-2147 9898 atau layari www.royalechulan-bukitbintang.com

*tertakluk kepada enam peratus (6%) Cukai Servis

3 thoughts on “Bersantai Sambil Nikmati BBQ di Royale Chulan Bukit Bintang

  1. Fuzy Hamid

    Kambin bakar tu mmg all time favorite..seriously memang sedap semua sajian BBQ ni dan terasa nak pergi makan lagi …hehe

    Reply
  2. Mak Lin

    Favourite kita kambing bakar! Ni kalau datang memang tak tuju lain lah. Memang makan ni je. Harga pun berbaloi tu.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *