Berselfie Sehebat Selebriti? Ikuti 10 Tip Mudah Ini!

By | November 6, 2015
Selfie-HG

Andai selebriti post gambar selfie kat Instagram, mesti nampak elok kan? Adakah sebab mereka popular maka apa sahaja yang mereka post sentiasa menjadi? Sebenarnya, popular (dan cantik) bukanlah faktor yang memberi pengaruh kepada gambar selfie yang baik.

Come on, tak perlu jadi selebriti pun, kita juga boleh lakukannya. Apa yang anda perlukan ialah sedikit pengetahuan mengenai teknik berselfie dengan betul.

Bukan mudah nak ambil gambar selfie yang baik kerana anda adalah orang yang sama di depan dan ‘belakang’ tabir kamera. Mengendalikan phone sambil posing, pasti dua tiga kali snap baru anda dapat gambar yang elok untuk di share di Instagram.

Jom tengok 10 tip yang membuatkan selfie anda sehebat selebriti.

Make Yourself Ready

Muka berminyak, mata macam panda, rambut serabai, bibir kering? Semua perkara ni anda tak boleh simply ignore kerana ia akan mempengaruhi final resultnya nanti. Sebelum anda bersedia untuk menekan butang snap, pastikan bahawa kondisi wajah anda dalam keadaan paling cun.

Faktor Pencahayaan

Apabila berselfie, pencahayaan amatlah penting, tidak kira dalam apa jua situasi dan keadaan. Jangan sesekali berselfie dalam keadaan gelap atau bad lighting kerana ia akan membuatkan gambar yang diambil jadi kabur.

Perhatikan Latar Belakang

Make-up dah cantik, pencahayaan pun dah bagus tetapi latar belakang terpampang bilik yang tengah berselerak dengan stokin tergantung dan sisa makanan bertaburan. Like seriously? Seeloknya, carilah sudut yang terbaik yang ada pada ruang di sekitar anda.

Tahan Pose Anda

Gambar bergegar? Masalah ini biasa dihadapi. Sebaiknya, gunakan self-timer agar anda lebih bersedia sebelum gambar diambil. Jangan lupa untuk tahan nafas dan senyum.

Lebih Banyak Lebih Meriah!

Lagi banyak anda snap, tentu lebih banyak gambar yang ada untuk dipilih. Jangan takut untuk kehabisan ruang penyimpanan kerana anda boleh delete gambar yang tidak berkenaan kemudian.

Confidentlah Sikit

Kenapa perlu cover-cover ketika nak berselfie? Jadilah diri anda sendiri dan berseronoklah bersama teman-teman.

Edit- Mengedit

Tiada budak ‘multimedia’ yang akan datang dan komen pada gambar anda bahawa gambar yang anda ambil telah diedit. Maka, tidak salah untuk menyerikan lagi gambar anda dengan menggunakan filter-filter dan aplikasi editing yang ada dalam phone.

Pertimbangkan Sudut

Anda pastinya tahu sudut terbaik untuk menampilkan wajah anda. Jadi, mengapa tidak gunakan potensi tersebut sepenuhnya. Namun, jangan takut untuk bereksperimentasi dan mencuba sudut baharu ya.

Duck Face? Mengapa Tidak

Memuncungkan mulut dan membuat silly expression bukanlah sesuatu yang salah. Ia adalah satu cara mudah untuk berseronok di depan kamera. Namun, janganlah terlalu kerap dan cuba pelbagaikan ekspresi muka anda.

Katakan Tidak Pada Cermin

Akhir sekali, haruslah ingat bahawa jangan menggunakan elemen cermin ketika berselfie. Ia akan membuatkan gambar anda kelihatan murahan dan tidak cool.

Sumber dari Remaja Karangkraf

3 thoughts on “Berselfie Sehebat Selebriti? Ikuti 10 Tip Mudah Ini!

  1. jawatan kosong

    gambar selfie terbaik akan membuatkan ramai yang mengikuti perkembangan semasa kita dan sentiasa ternanti-nanti gambar selfie kita yang seterusnya….

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Iconic One Pro Theme | Powered by Wordpress