Bila Aku Guna Instagram Kali Pertama…

By | Disember 12, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak berkata mengenai Instagram, banyak benda yang diperbualkan, share gambar yang diedit, jumpa kawan yg guna aplikasi tu, dan lain-lain.

Aku plak tak pernah terkecuali menggunakannya.

Mula berdaftar menggunakan BlueStacks (utk pengetahuan semua, Bluestacks adalah aplikasi tanpa tablet yang menggunakan semua Windows. Setiap aplikasi hampir sama dengan aplikasi sebenar Android. boleh muat turun secara talian untuk Windows dan Mac) dan seterusnya ke tablet yang menyokong Android, nampaknya aku dah mula berkongsi gambar yang diambil setiap perjalanan, di mana-mana saja.

Penggunaannya amat mudah dan terbaik untuk pengguna baru macam aku, ia mudah mengubah gambar sebenar ke gambar yang kita suka, selepas tu kongsi dengan kawan-kawan.

Gambar pertama aku berkongsi boleh lihat di sini. memang seronok bila berkongsi gambar bersama.

Apalagi, mari tambah aku 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *