Blog Yeop Maz Selamat Dengan Sijil SSL

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, blog yeop telah menerima sijil SSL yang diiktiraf oleh Google dan kini lebih selamat dari sebelumnya.

Apa itu Sijil SSL?

Sebelum nak bagitau sebab apa yeop buat macam ni, yeop nak terangkan apa itu Sijil SSL?

Sijil SSL adalah fail data kecil yang secara digital mengikat kunci kriptografi untuk butiran organisasi.

Apabila dipasang pada pelayan web, ia mengaktifkan mangga dan protokol https (huruf ‘s’ bermaksud ‘secure’) dan membolehkan sambungan yang selamat dari pelayan web ke pelayar.

Biasanya, SSL digunakan untuk mendapatkan urus niaga kad kredit, pemindahan data dan log masuk, dan lebih baru-baru ini menjadi kebiasaan apabila mendapatkan anda melayari laman media sosial.

Sijil-sijil SSL mengikat bersama-sama:

  • Nama domain, nama pelayan atau nama hos.
  • Identiti organisasi (iaitu nama syarikat) dan lokasi.

Kenapa Anda Perlu Satu Sijil SSL?

Sijil-sijil SSL melindungi maklumat sensitif seperti maklumat kad kredit, nama pengguna, kata laluan dan lain-lain.

Ia juga:

  • Memastikan data menjamin antara pelayan
  • Meningkatkan Ranking Google anda
  • Membina / Meningkatkan kepercayaan pelanggan
  • Meningkatkan kadar penukaran

Diterjemah dari laman web GlobalSign.com

Bagaimana anda mendapatkan sijil SSL?

  1. Blogspot : Jika anda masih menggunakan subdomain blogspot.com, anda layak mendapat sijil SSL secara percuma. Caranya, anda pergi ke Blogger.com dan pergi ke Setting > Basic dan cari HTTPS redirect dan tukar dari No kepada Yes.

Nota : Jika anda menggunakan domain sendiri, anda tidak boleh letak SSL di blogspot. 

2. WordPress.org : Jika anda menggunakan server sendiri, anda layak mendapatnya dari server yang mempunyai sijil SSL. Bagaimana? Bertanya kepada Penyedia Server yang anda langgan. Macam yeop, yeop terus bertanya kepada Hosting Rajawali dan mereka terus set-up secara percuma.

Hasilnya, blog yeop telah mendapat sijil SSL yang diiktiraf oleh Google.

Sebelum
Selepas

Kesimpulan

Kini Google telah memberi arahan kepada penyedia laman web untuk menukar dari http kepada https atau anda tidak akan mendapat trafik dari Google.

Bacaan lanjut, klik di sini dan di sini.

Jadi, sebagai penyedia laman web anda perlu bersedia dengan sebarang keadaan sebelum keadaan buruk terjadi.

Bukan nak menakutkan anda semua, cuma anda perlu bersiap-sedia dengan semuanya.

Jadi, beralihlah kepada Sijil SSL.

Content Protection by DMCA.com

12 comments on “Blog Yeop Maz Selamat Dengan Sijil SSLAdd yours →

  1. Salam Yeop, saya terpanggil juga menyediakan sijil ssl di blog saya setelah baca entry ini. Hasilnya, saya berjaya juga setup ssl walaupun ambil masa seharian. Memang best ada blog yang secure ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *