Boros Memang Membawa Padah!

By | Januari 6, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

duit-banyak

 

Yeop bukan nak kata yeop ni baik sangat, ada kalanya yeop ni susah nak kata sebagai “kebodohan kepada diri sendiri”, tapi tulah yeop.

Yeop memang boros dalam semua benda, terutamanya kewangan.

Betul, yeop memang boros dalam kewangan!

Dari sekolah rendah sehingga sekarang, yeop selalu mengamalkan pemborosan dalam kewangan.

Maksudnya, yeop memang boros!

Bayangkan, kalau dapat duit banyak… Yeop mula berfikir macam-macam nak beli apa, nak beli apa.

Tapi bila dah sengkek, rasa menyesal dalam hati.

Duit simpanan pun yeop boleh habiskan, apatah lagi dengan gaji yeop dapat tiap-tiap bulan.

Akhirnya, yeop menyesal seumur hidup yeop… 🙁

Walaupun yeop memang cuba mengurangkan pemborosan kepada yeop, tapi yeop gagal…

.

.

.

Yeop memang menyesal…

Minta tolong kawan-kawan, cemana nak hilangkan boros ya?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *