Bosan Dengan Iklan Kemalangan? Iklan ini Mungkin Pelik…

By | April 27, 2016

iklan-memandu-tanpa-telefon

Jika selalunya kempen keselamatan memandu, para penonton akan dikejutkan dengan statistik membosankan & babak-babak kemalangan yang mengerikan.

Namun, pihak berkuasa pengangkutan New Zealand mengambil pendekatan yang berlainan kali ini dengan meletakkan humor bersama lakonan yang pelik dan janggal untuk mengelakkan para pemandu muda zaman sekarang daripada memandu sambil menaip teks mesej menggunakan telefon pintar.

Iklan yang berdurasi 45 saat tu menunjukkan beberapa babak pemandu yang berbeza menerima teks semasa memandu dengan penumpang di dalam kenderaan mereka. Ketika pemandu-pemandu tersebut mencapai telefon, tangan mereka dipintas oleh penumpang dengan ekspresi yang menjanggalkan, manakala lagu “Hello” oleh Lionel Richie digunakan sebagai lagu latar belakang.

Judul iklan tersebut turut meminjam tajuk lagu Lionel Richie, “Hello” dengan slogan “Utamakan penumpang anda. Pemanduan bebas telefon”.

Dari Laman Web HotFM dan Youtube NZTransportAgency.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *