Buat Kalendar Sendiri dengan TimeandDate.com

By | November 30, 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasanya anda mendapat kalendar 2018 secara percuma apabila anda membeli barangan minimum RM50.00 dari satu resit.

Ada kalanya anda beli kalendar tersebut dengan harga promosi 3 kalendar berlainan saiz hanya RM5.00.

Tapi tahukah anda bahawa anda boleh membuat kalendar sendiri hanya menggunakan komputer (dengan internet) dan pencetak?

TimeandDate.com ada jawapannya.

Laman web TimeandDate.com akan menjana kalendar mengikut kesukaan anda (rekabentuk saja) berserta dengan cuti peristiwa tahunan.

Anda boleh membina dan merancang percutian anda hanya menggunakan laman web tersebut.

Anda boleh memilih kalendar anda (termasuk cuti tahunan anda) ke dalam sini. Jadi, anda boleh saja membina mengikut kehendak anda (beserta warna kesukaan anda).

Hebat bukan?

Hasil daripada penjanaan kalendar 2018 dari timeanddate.com

Macam yeop cakap tadi, anda boleh membina sendiri tanpa menunggu kalendar yang jatuh dari kedai atau pasaraya popular yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

Apa kata anda mula membina kalendar kesukaan anda di sini sekarang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *