Budak Indonesia Hafal 29 Juzuk Sehingga Juri Menitis Air Mata…

By | Julai 2, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

audisi-hafiz-indonesia-2014

Sebelum ini yeop nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa (Ramadhan Al-Mubarak) kepada semua pembaca blog Khairil Mazri dot com. Alhamdulillah, yeop masih panjang umur lagi untuk meneruskan hidup sebagai umat Islam yang bertakwa.

Baiklah, yeop sebenarnya sedang mencari bahan untuk menulis entri ini, tetapi yeop sangat tertarik dengan bab hafazan Quran yang disiarkan di TV3 seperti Qari Junior 3 yang telah disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang.

Tapi bukan ini yang yeop nak cerita.

Malam tadi, yeop saja-saja buka di YouTube dan yeop tengok tajuknya: “Hafiz Indonesia 2014 – Musa 5,5 Tahun Dari Bangka Hafal 29 Juz – Membuat Semua Juri Menangis” .

Kisahnya begini, program realiti islamik di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia bakal mencungkil bakat anak-anak di tanah seberang untuk menghafaz Al-Quran yang telah diturunkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jadi yeop terbaca ayat ini dan terus menonton video ini.

Subhanallah, yeop sendiri tak sangka anak sekecil ini boleh menghafaz ayat Quran dengan baik, walaupun ada loghat sedikit. Sehingga menitis air mata dan berasa malu dengan anak ini.

Yeop anggap inilah anugerah dari Allah. Umur baru 5 1/2 tahun saja, tapi lihat bagaimana anak ini menghafaz yang ditanya oleh juri dan penonton studio.

Yeop harap anak ini hebat di dunia dan akhirat.

Yeop takkan menulis panjang.

Baiklah, wassalam.

3 thoughts on “Budak Indonesia Hafal 29 Juzuk Sehingga Juri Menitis Air Mata…

  1. Noraizan

    Semoga Allah menjadikan anak-anak dan zuriat kami penghafal AL-Quran..Amin…

    Reply
  2. farid laham

    masyaAllah,,,kurniaan Allah yang tak ternilai,,semoga adik ni terdiri drpd kalangan org beriman..sedap mata memandang kanak2 ni..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *