Build With Chrome

By | Oktober 3, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

build_with_chrome

Jika anda nak bina binaan dengan LEGO, mesti anda terbayangkan dengan harga yang mahal dan berat. Dah kemudian, malas nak menyemak dalam keadaan rumah yang serba ringkas dan memeningkan kepala anda. Jika anda mempunyai anak kecil yang baru belajar membina dari LEGO, laman web ini bakal melegakan kepala dan poket anda.

Google telah bekerjasama dengan LEGO pada beberapa tahun lepas dan Google menyediakan halaman baru melalui Build With Chrome.

Apa itu Build With Chrome?

Build With Chrome adalah satu halaman web yang telah dibina oleh Google hasil kerjasama antara LEGO. Ia bermula apabila pembina Google Australia membina sempena merayakan Hari LEGO ke-50, respon pengguna sangat menarik sehingga seluruh dunia menyukainya. Lagipun ia boleh disiarkan ke seluruh dunia dengan pembinaan apa-apa saja yang mereka suka ke halaman itu.

Halaman ini hanya menggunakan Google Maps dan boleh pilih negara atau negeri mana yang anda hendak bina.

Apa yang best sangat dengan halaman itu?

buildwithchrome

Yeop telah mencuba melalui laman web www.buildwithchrome.com dan mula pilih tapak untuk dibina dan boleh pilih apa yang kita nak, termasuk bangunan, kenderaan, emoji (karakter), boleh bina melalui 2D dan pilih secara rawak.

Apa yang yeop perlukan adalah login menggunakan Google+ (Google Plus) sahaja dan terus membinanya.

publish-buildwithchrome

Sebenarnya membinanya taklah susah sangat, perlukan idea dan kepakaran yang sedikit untuk membina. Contoh binaan yang yeop buat adalah seperti di bawah.

house-buildwithchrome

Setiap binaan itu, hanya 3000 blok sahaja yang diberi. Selepas habis blok itu, anda patut membuang sedikit demi sedikit.

brick-remaining-buildwithchrome

Selain itu, anda boleh bertukar warna blok mengikut kesukaan anda.

colour-brick-buildwithchrome

Selepas siap semuanya, anda boleh siarkan ke halaman tersebut.

Skrin Shot Build With Chrome

Kesimpulan

Jika anda kebosanan tak tentu hala atau malas nak buat apa, apa kata cuba halaman ini. Yeop pasti anda menyukainya. layari www.buildwithchrome.com untuk mencubanya dan membinanya.

Nota: yeop nak sambung balik yeop buat tadi.

7 thoughts on “Build With Chrome

  1. Seri nian

    Alahai x minat main game software., real lg best. X pasti akan dtg kalo2 tersangkut dgn software yg ni

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *