Ada Apa Dalam Buku Denaihati? #SBBYEOS2014

By | Mac 17, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yeop sebenarnya tidak tahu nak letak tajuk apa dalam entri kali ini, tapi yeop tetap menceritakan isi kandungan dalam buku Denaihati yang sangat misteri…. (mungkin misteri bagi yeop sendiri ^_^)

20140313_155214

Buku ini terselit bersama beg semasa pergi ke Saloma Bistro Kuala Lumpur sempena Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 pada 8 Mac lalu. Jadi, yeop buat review mengenai buku ini sebab buku yang menceritakan semua kisah-kisah sepanjang menulis entri di Denaihati.com.my

Baiklah. Cerita ini bermula pada isi kandungan pertama, kata aluan Tuan Denaihati sendiri dengan kisah dari kecil hingga habiskan sekolah menengah. Bila yeop baca balik semuanya, beliau memang ada ilmu dalam Sains. Dalam penulisan beliau suka melancong ke serata dunia untuk mencari ilham dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita, yang kita takkan dapat di Malaysia yang tercinta melalui blog denai.my.

Antara negara yang beliau lawati adalah Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, China, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jordan, Palestin, Jerman, Austria, Republik Czech, Itali, England, Perancis dan New Zealand. Yeop sendiri tak pernah keluar mana-mana negara, teringin pula nak pergi kan. Insya-Allah yeop nak pergi dekat-dekat dulu baru yeop nak berjalan jauh seperti Tuan Denaihati.

Ditaja Khas Oleh Yeo's Malaysia :)

Ditaja Khas Oleh Yeo’s Malaysia 🙂

Blog Denaihati telah memenangi beberapa anugerah sepanjang penulisannya. Antaranya adalah Best of The Best Blog 2012, Most Creative Blog 2013 dan Best Micro Blog 2014 (Malaysia Social Media Week) serta Best Personal Blog 2013 (Blogrr Most Wanted 2013). Bila dilihat pada pencapaiannya, yeop rasa bersemangat dan mencuba yang terbaik untuk mantapkan lagi penulisan yeop di blog ini. Jadi, yeop dah buat transformasi mulai tahun ini dan akan berterusan sehingga akhir hayat yeop.

Di dalam buku ini penuh dengan isi yang memberi inspirasi kepada yeop selain beberapa ilmu yang yeop dapat baca dalam buku ini. Selain itu, ia banyak menceritakan dengan pengalaman beliau dan keluarganya melancong ke luar negara. Bila dibaca balik banyak perkara yang yeop tak tahu mengenai negara yang dilawati. Yeop sangat tertarik dengan kisahnya di Palestin yang menyentuh perasaan yeop sendiri. Subhanallah, yeop melihat ia sangat cantik dan menarik.

Sebenarnya banyak ilmu yang yeop dapat hadam sepanjang yeop membaca di buku Denaihati dan suka sangat baca, cuma yeop perlukan masa untuk membaca lebih mendalam lagi, mungkin kita bakal jumpa rahsia di sebalik kejayaan blog Denaihati dari segi mendapat income (pendapatan) melalui blog, Akademi Denaihati dan banyak lagilah.

Yeop tertarik dengan penulisan bertajuk “Kisah dan Ragam Blogger Sekarang” bertarikh 29 Januari 2014. Beliau banyak menceritakan mengenai bagaimana beliau mula dengan hosting ServerFreak dan ramai blogger membantu beliau termasuk akak Ku Jie, Anarm Khairul, Ariffshah, Azman Ishak dan ramai lagi.

Dalam penulisan ini juga banyak berkongsi pendapat dengan pembaca, dan antara fokus yang beliau tekankan adalah menulis di wordpress lebih seronok berbanding blogspot dulu. Yeop teringat masa yeop mula menulis di entri “Kenapa Aku Berhenti Blogspot?” bertarikh 08 Mei 2013.

Beliau menekankan bahawa kita perlu berhijrah ke tempat yang lebih baik, bukan apa mudah kita menyimpan entri yang terdahulu masuk ke hosting yang kita bina sendiri, jadi ada backup bila sesuatu yang terjadi pada blogspot kita dah simpan sepenuhnya dalam hosting ini. Oh ye, yeop berterima kasih tak terhingga kepada Hosting Rajawali kerana menyediakan hosting yang berkualiti dan cepat.

Selain itu, kita perlu ingat sahabat-sahabat blogger adalah seperti ibu bapa kakak abang adik kita sendiri. Maksud yeop kita jangan bergaduh lama sangat nanti jadi muka masam.

Eh dah melalut ayat yeop tu… errrr jap nak masuk landasan tren balik….

Okey, kesimpulan dalam entri kali ini adalah “Kita perlu berani menghadapi cabaran sekarang dan akan datang, tak kiralah bagaimana dan caranya tapi kita perlu bersedia bermula sekarang. Insya-Allah kita jumpalah landasan yang betul.” 🙂

Baiklah, itu saja cerita yeop untuk pagi ini. Wassalam

Kemaskini 17/03/2014 8.44 pagi

Tuan Denaihati telah mengumumkan buku Denaihati dijual di kedai.denaihati.com.my pada harga RM39 sahaja. Apa lagi, jomlah beli 🙂

Berani Berubah Sebelum Anda Diubah Oleh Seseorang

Nota: Yeop cuba buat dedikasi untuk mangsa #MH370 pada hari ini, insya-Allah.

12 thoughts on “Ada Apa Dalam Buku Denaihati? #SBBYEOS2014

  1. hafizmd

    Yeop antara blogger yg mencetus rasa lebih smgt utk berblogging…

    Apapun…moga yeop terus konsisten dan smkin smgt

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      sangat benar.

      sahabat-sahabat blogger yang yeop sangat hormati membuat yeop bersemangat untuk maju ke hadapan. bolehlah jadi seperti Tuan Denaihati.

      terima kasih memberi sokongan kepada yeop. 🙂

      Reply
  2. Annisa Biz

    bagusnya buku begini.. memberi inspirasi kpd blogger2 lain…

    tahniah. dengar kata menang gajet kan?

    Reply
  3. Ummi Hanie

    buku ni akan dijual ke yeop?

    ehh mesti org perak ni kan. hubby sy pun panggilan femes nyer yeop

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *