Cara-Cara Menyediakan Air Nabeez (Air Rendaman Kurma atau Kismis)

By | Mei 26, 2017

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma atau kismis yang direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas air yang bertutup) untuk kemudian diminum keesokkan paginya.

Mengikut sumber tertentu, ia dikatakan sebagai minuman kegemaran Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam wadah bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.

Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, sehingga Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.

Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim, iaitu seperti berikut:

Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.”Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya di pagi hari.” (HR Muslim).

Berbicara mengenai infused water, Orang Barat baru sekarang faham dan baru mempopularkan khasiat infused water ini.

Tetapi Nabi telah lama melakukan hal ini.

Dari segi kesihatan tubuh, buah kurma telah terbukti sebagai:

1. Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
2. Tinggi kandungan fiber yang dapat menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium yang penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.

Khasiat air nabeez.

Air nabeez adalah minuman yang mengandung alkali, yang dapat membantu dalam proses pembuangan kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh, Juga membantu menyingkirkan zat toksin berbahaya dari dalam tubuh.

Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.

Elok buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama sangat, lebih 3 hari jadi masam dan tak boleh diminum.

Cara-cara menyediakan air Nebeez Kurma:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

5. Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa. Tapi bila tak ada, ambil kurma yang lain.

Cara untuk menyediakan air Nabeez Kismis:

  1. Caranya ambil segenggam kismis, kemudian direndam dalam segelas air.
  2. Biarkan semalaman seperti membuat air rendaman kurma.

LARANGAN: Tidak boleh mencampurkan sekali gus buah kurma dan kismis dalam satu bekas. Buatlah asing air nabeez kurma atau kismis.

Sumber daripada Tribun News Ramadhan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *